Isu absah PM ‘panaskan’ Parlimen?

Isu keabsahan Perdana Menteri dijangka memanaskan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bermula hari ini dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan titah pembukaan.

Selain isu keabsahan, beberapa usul juga dijangka menimbulkan rasa ‘tidak puas hati’ dalam kala­ngan ahli Parlimen terutama daripada blok pembangkang.

Antara usul akan dibangkitkan ialah keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; pertukaran Speaker Dewan Rakyat dan usul Timbalan Speaker di mana pemilihan akan dibuat di antara Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, secara keseluruhannya, pembankang tidak berpuas hati dengan aturan mesyuarat yang dimaklumkan kerana tiada usul keabsahan Perdana Menteri dan tukar Speaker Dewan.

Kata beliau, pihaknya akan mendapatkan pencerahan pada mesyuarat Parlimen hari ini kerana tidak tahu sama ada terdapat usul tersebut dinyahkan, ditolak oleh Speaker atau tidak dikemukakan langsung.

“Usul undi percaya perlu ada seperti dititah Agong, maka kita perlu junjung titah dan tidak menderhaka.
“Namun yang penting adalah usul Timbalan Speaker di mana pemilihan akan dibuat antara Ahmad dan Nga Kor Ming,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau, usul Presi­den UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mencalonkan Datuk Seri Azalina Othman Said berkemungkinan juga ditolak kerana tidak terdapat dalam aturan mesyuarat.
“Ini memalukan sekiranya yang dicalonkan UMNO pun tak laku,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon mengunci mulut mengenai usul keabsahan Perdana Menteri dan usul penukaran Speaker ketika ditanya mengenai perkara itu.
Katanya, kesemua usul yang dibincang dan dibentangkan sudah dimaklumkan kepada ahli-ahli parlimen, malah ia juga dikemas kini pada aturan mesyuarat nanti.

“Jika ada notis-notis itu (usul keabsahan Perdana Menteri dan tukar Speaker Dewan, kita telah berikan pada semua ahli parlimen.

“Dan jika diluluskan dan diminta oleh ketua majlis, maka adalah, tetapi jika tiada, maka tiadalah,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Mohd. Rashid, persidangan hari ini juga bukan bermakna semalam adalah hari terakhir untuk mengemukakan usul.

Katanya, sememangnya sesuatu usul itu memerlukan tempoh 14 hari, tetapi ia boleh dihantar pada bila-bila masa sebelum tarikh-tarikh urusan itu hendak dibentangkan.

“Kita akan keluarkan aturan urusan mesyuarat dan setiap hari berlaku perubahan mana-mana usul yang lulus masuk. Saya pun tak ingat berapa (usul), tetapi semua usul-usul sudah dimasukkan dalam aturan mesyuarat.
“Namun apabila disebutkan usul, ia bukan hanya usul-usul yang bersifat politik sahaja, tetapi juga usul-usul lain yang bukannya bersifat politik,” katanya.

Mengenai pemilihan Timbalan Speaker, beliau berkata, perkara itu sudah dimaklum kepada semua ahli parlimen.
Namun katanya, tarikh berlakunya pemilihan dan terutamanya cadangan nama tidak dapat dikongsikan kerana ia di bawah bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker