Ismail ajak rakyat terus sokong, perkukuh PPN
Ismail ajak rakyat terus sokong, perkukuh PPN
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua supaya pihak terus mengukuhkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi membolehkan momentum pemulihan negara berterusan sehingga tahun hadapan.
Pada masa sama, Perdana Menteri mahu tahap pengurusan kesihatan awam terus ditambah baik supaya sektor ekonomi dapat dibuka secara berperingkat.
“Marilah kita memantapkan lagi PPN dan menambah baik situasi keseluruhan kesihatan awam serta pemulihan pembukaan sektor ekonomi secara beransur-ansur dengan adanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya dalam hantara di Facebook, hari ini.
Perdana Menteri melahirkan harapan itu susulan ekonomi negara menunjukkan momentum pemulihan positif pada suku keempat tahun ini dan dijangka berterusan menjelang tahun hadapan.
Ismail Sabri berkata, ia susulan faktor yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi positif negara, dilihat dapat dimanfaatkan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2022.
“Negara juga semakin mencatatkan petanda prospek pemulihan ekonomi yang semakin cerah,” katanya.
Beliau berkata, aliran masuk bersih modal pelabur asing yang didorong kemajuan positif PPN menetapkan nada dan hala tuju pemulihan ekonomi negara yang lebih kukuh untuk suku keempat 2021.
“Sejumlah RM7.7 bilion dicatatkan dari segi aliran masuk modal pelabur asing pada Ogos lalu yang mencatatkan nilai tertinggi sejak Jun lalu.
“Nilai ini juga mengimbangi aliran keluar dua bulan sebelum itu. Pelabur asing juga menjadi pembeli utama dengan pelaburan bersih di pasaran bon Ringgit sejumlah RM6.6 bilion (Julai 2021),” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan petunjuk ini, ia mengukuhkan keyakinan pelabur dan pengurus dana terhadap prospek pertumbuhan negara serta kesinambungan dasar kerajaan.
“Selain itu, nilai harga pasaran ekuiti negara juga menjadi tarikan utama aliran masuk dana pelabur asing berbanding pasaran ekuiti negara lain di rantau ini.
“Setakat Ogos lalu, pegangan pelabur asing bagi bon Kerajaan Malaysia meningkat sebanyak RM23.9 bilion kepada RM226.1 bilion,” katanya. BH
Ismail ajak rakyat terus sokong, perkukuh PPN
Baca Artikel Menarik :
- Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam
- Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
- 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
- Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik
- Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator
- Muhyiddin begitu terdesak – Khaled
- PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan
- Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi
- Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin
- Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar
- Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim
You must be logged in to post a comment.