Maksud di sebalik lompatan ‘siiuuu’ Ronaldo

Maksud di sebalik lompatan ‘siiuuu’ Ronaldo

LONDON: Kerinduan penyokong Manchester United terhadap Cristiano Ronaldo bukan sahaja terubat dengan dua gol yang diledak bintang Portugal itu ketika menumpaskan Newcastle 4-1, malah gaya ‘siuuu’ mewarnai Liga Perdana Inggeris.

Semalam, Ronaldo membuat kepulangan pertama selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford dengan meledak gol ke-119 dan 120 buat Red Devils.

Sejurus menjaringkan gol, dia berlari ke tepi padang, melompat sambil memusingkan badan dengan tangan merentang dan menjerit ‘siuuu’.

Mendedahkan maksud di sebalik aksi ‘siuuu’ yang popular, Ronaldo berkata, trademark tersebut sebenarnya tidak pernah dilakukan ketika dia menyarung jersi United dari 2003 hingga 2009.

Ia hanya bermula selepas dia menyertai Real Madrid pada 2009.

“Pada mulanya saya berkata ‘si’, yang bermaksud seperti ‘yes’, ketika itu saya bersama Real Madrid.

“Saya berada di Amerika Syarikat dan kami menentang Chelsea (2013) dan saya tidak tahu dari mana gaya itu datang.

“Saya menjaringkan gol dan sejujurnya, secara spontan melakukan aksi tersebut. Sejak itu saya mula melakukannya dengan lebih kerap.

“Bila saya melakukannya, saya nampak penyokong sudah boleh mengagak dan mereka menjerit seperti ‘Cristiano, siiiiiuuu!.

“Saya macam..wow!! Orang ingat saya kerana gaya lompatan itu! Ia sangat bagus dan saya terus melakukannya,” kata pemenang Ballon d’Or lima kali itu. Utusan

Maksud di sebalik lompatan ‘siiuuu’ Ronaldo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker