Inilah sebab kita kena berus lidah sekali masa gosok gigi! Kalau tidak, akan jadi begini…

 

Penjagaan oral adalah sangat penting untuk kesihatan, kebersihan serta kecantikan mulut agar senyuman individu sentiasa kelihatan menawan dan berseri.

Disebabkan itu, kita amat disarankan untuk menjaganya dengan memberus gigi serta gusi dengan kekerapan yang paling ideal.

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa setakat memberus gigi atau gusi mungkin tidak mencukupi kerana lidah juga perlu diberi perhatian.

Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk memberus lidah? Jom ikuti artikel ini!

Mengapa perlu memberus lidah?

 

Tidak dinafikan, ramai individu akan mengabaikan lidah setiap kali melakukan rutin penjagaan oral kerana menyangka bahawa ia adalah tidak penting.

Ini disebabkan oleh faktor keterbiasaan sejak dari kecil yang hanya mengutamakan rutin penjagaan gigi dan gusi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Kami tidak kata bahawa rutin memberus gigi serta gusi itu tidak bagus namun mungkin tidak cukup!

Sebab utama penjagaan oral perlu meliputi gigi, gusi dan lidah sekali adalah kerana kawasan mulut khususnya lidah adalah tempat pembiakan bakteria.

Bakteria bekas daripada makanan ini mungkin ada yang ‘baik’ namun banyak juga yang ‘jahat’ lantas menjejaskan kawasan oral termasuklah lidah.

Ini kesan bakteria pada lidah anda

Jangan hanya fokus pada gigi dan gusi sahaja jika anda tidak mahu perkara berikut berlaku pada oral:

1. Nafas berbau

Pertama sekali, kalian perlu tahu bahawa bakteria yang melekat pada gigi, gusi serta lidah adalah punca paling utama nafas berbau.

Bakteria semulajadi yang ‘baik’ akan berusaha melawan yang ‘jahat’ namun mereka juga memerlukan bantuan anda.

Bantuan yang diperlukan adalah dengan memberus gigi, gusi serta lidah agar lapisan bakteria ini dapat disingkirkan.

2. Deria rasa terjejas

Kelazatan makanan dan minuman adalah nikmat yang tidak dapat dinafikan namun ia mungkin akan terjejas jika anda tidak memberus lidah.

Ini kerana bakteria yang melekat pada lidah boleh ‘menutup’ lapisan deria rasa sekali gus menjejaskan kemampuan untuk organ ini merasa.

Oleh itu, kalian jangan lupa untuk memberus bahagian ini sekali ketika menggosok gigi dan gusi ya?

3. Penyakit oral terjadi

Seperti yang kami telah nyatakan di atas tadi, bakteria pada lidah dan mulut akan mendatangkan banyak kesan negatif termasuklah penyakit.

Antara penyakit biasa yang berlaku pada individu akibat tidak atau jarang memberus lidah adalah kaviti yang akan menjejaskan senyuman anda.

Oleh itu, sila amalkan rutin penjagaan oral yang lebih baik dengan memberus keseluruhan kawasan mulut okay!

Bagaimana cara memberus lidah?

Ramai yang menyangka bahawa lidah boleh dicuci atau disucikan dengan sekadar menggunakan ubat kumur oral yang banyak dijual di pasaran.

Ya, ia mungkin membantu namun Pakar Pergigian John D. Kling menyatakan bahawa rutin ini adalah tidak mencukupi dan perlu ditambah usahanya.

Menurut beliau lagi, kita semua perlu memberus lidah dengan cara yang amat mudah dan menggunakan berus gigi biasa sahaja iaitu:

  • Berus lidah dari belakang ke hadapan.
  • Berus lidah dari sisi ke sisi yang lain.
  • Kumur dengan menggunakan ubat kumur atau air biasa.

Namun, kalian diingatkan untuk tidak memberusnya dengan terlalu kuat agar tidak berlaku kecederaan atau kecederaan pada lidah.

Ataupun anda boleh menggunakan alternatif tongue scraper yang terjual di farmasi dan ternyata lebih sesuai untuk lidah.

Sekiranya anda masih mengalami masalah berkaitan oral walaupun sudah mengamalkan rutin penjagaan ini, segera berjumpa doktor gigi untuk berkonsultasi.

Takut berjumpa doktor gigi? Usah khuatir lagi!

Masalah biasa yang akan berlaku terutamanya pada golongan kanak-kanak adalah takut berjumpa doktor gigi dan ini adalah perkara biasa.

Ada beberapa tip yang boleh diamalkan sekiranya ketakutan ini muncul iaitu:

  • Mulakan daripada usia muda agar terbiasa.
  • Tanamkan dalam diri ia hanya sekadar perjumpaan.
  • Elakkan memaksa diri sendiri atau orang lain.
  • Temankan individu yang mengalami ketakukan ini.
  • Alihkan perhatian ketika sedang terima rawatan.
  • Pastikan anda meminta ubat tahan sakit jika perlu.
  • Kuatkan semangat dan hadapi dengan tenang.

Kalian perlu tahu bahawa pertemuan dengan doktor gigi adalah penting dan ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali.

Dalam masa yang sama, sila amalkan rutin penjagaan oral yakni memberus lidah, gigi dan gusi dengan baik agar kesihatan oral dapat dijaga dengan baik.

Inilah sebab kita kena berus lidah sekali masa gosok gigi! Kalau tidak, akan jadi begini…

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker