Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur

Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur

Daging Masak Merah selalunya dihidangkan di gerai – gerai Thai disekitar kita. Ianya merupakan daging yang dimasak bersama cili kisar dan sos cili serta tomato. Rasanya amat lazat dan mengenyangkan.

Kali ini, kami bawakan resepi Daging Masak Merah khas buat anda semua. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan kini, anda boleh menyediakannya sendiri!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Farahziana Jarahim dan mendapat banyak perkongsian serta likes di Facebook beliau. Jom kita lihat!

Bahan – bahan:

3-4 ulas bawang putih
Bawang besar
Lada besar
Cili kisar
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Perasa
Garam
Gula

Cara – cara memasak:

Rebuskan daging dahulu.
Apabila sudah masak, sejukkan sebentar.
Ketukkan bawang putih.
Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar.
Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu.
Letakkan perasa, garam dan gula.
Letakkan lada besar dan bawang besar.
Kacau sebentar dan siap!

Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sambal Goreng Tempe Garing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker