PM dihad 2 penggal

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan tujuh tawaran Trans­formasi Parlimen dan Pen­­tadbiran Kerajaan antaranya Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun yang akan dibentangkan dalam Persida­ngan Parlimen Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lain turut dibentangkan pelaksa­naan Undi18 dalam tempoh terdekat dengan satu Rang Undang Undang Pindaan Perlembagaan termasuk ke­seimbangan keanggotaan Ja­wa­tankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli Parlimen Kerajaan dan ahli Parlimen pembang­kang.

Apabila ia dilaksanakan, jumlah mereka yang ber­usia 18 hingga 21 tahun yang layak mengun­di pada Pilihan Raya Umum ia­­lah 1.2 juta orang.

Kata Perdana Menteri, turut ditawarkan bagi tujuan transformasi itu ialah setiap Rang Un­dang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.

“Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

“Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Kata beliau, ia selaras de­ngan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu tentang peri pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

Kerajaan berpandangan fokus dan keutamaan yang perlu diberikan oleh semua pihak pada ketika ini adalah terhadap kestabilan politik dan pentadbiran negara dalam meme­rangi Covid-19 serta pemulihan eko­nomi.

“Tawaran ini juga bertujuan mewujudkan landskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

“Transformasi kerajaan ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa.

Katanya, usaha ini juga selaras dengan semangat untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Sebahagian tawaran itu pernah dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Ucapan Khas Perdana Bersama Memulihkan Negara pada 13 Ogos lalu sebelum beliau meletak jawatan.

PM dihad 2 penggal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ketua Pembangkang diberi saraan, kemudahan setara menteri: PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker