Covid-19 di P Pinang: Steven Sim jadi orang tengah antara negeri dan kerajaan pusat

menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim akan menjadi perantara dalam kerjasama antara kerajaan Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung situasi Covid-19 di negeri berkenaan, kata Khairy Jamaluddin.

Dalam sidang media bersama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Kesihatan itu berkata, ini telah dibincangkan dengan Chow dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Sebagai sebahagian daripada usaha bipartisan untuk menangani wabak di Pulau Pinang, kami rasa kami perlu koordinasi lebih baik antara kerajaan pusat dan negeri. Saya selalu berhubung dengan Ketua Menteri, seperti di WhatsApp.

“Tetapi setelah berbincang dengan Ketua Menteri dan Lim, kami memutuskan bahawa kami perlu seorang penyelaras, seorang Ahli Parlimen persekutuan yang sentiasa dapat berhubung dengan saya, seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming di Selangor dalam Operasi Lonjakan Kapasiti,” katanya.



Covid-19 di P Pinang: Steven Sim jadi orang tengah antara negeri dan kerajaan pusat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker