Cicak Berjaya Lintasi Dua Benua Menyorok Dalam Pakaian Dalam Wanita Ini

Cicak Berjaya Lintasi Dua Benua Menyorok Dalam Pakaian Dalam Wanita Ini

DALAM satu kejadian yang tidak disangka, seekor cicak berjaya melintasi dua benua dari Barbados ke Yorkshire, England dengan hanya menyorok di dalam pakaian dalam seorang wanita.

Lisa Russell, 47, menemui cicak berkenaan di dalam beg pakaian terselit dalam pakaian dalamnya setelah tiba di rumah di Rotherham, South Yorkshire, lapor The Sun.

Cicak itu turut diberi nama Barbie.

Menurut portal Live Science, terdapat kira-kira 1,500 spesis berbeza cicak di dalam dunia berukuran daripada 1.5cm sehingga lebih 35cm.

Reptilia ini mampu menyesuaikan diri di setiap benua kecuali Antarctica dan hidup dalam pelbagai habitat daripada hutan tropika sehingga ke padang pasir.

Russell memberitahu BBC News, dia sangat terkejut apabial menemui cicak berkenaan dalam pakaian dalamnya.

“Saya terus menjerit apabila melihat cicak itu bergerak. Ia sesuatu yang tidak disangka untuk menemui seekor cicak dalam pakaian dalam setelah mengharungi perjalanan sejauh 6,500 kilometer.

Russell terus menghubungi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSPCA) yang mengambil Barbie untuk diperiksa doktor haiwan.

Barbie didapati tidak tercedera dan akan disimpan untuk tindakan lanjut.

Cicak Berjaya Lintasi Dua Benua Menyorok Dalam Pakaian Dalam Wanita Ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker