10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
Rasulullah merupakan utusan Allah yang penuh dengan kemuliaannya yang tersendiri. Baginda dilantik menjadi rasul untuk menunjukkan teladan yang baik kepada umat manusia. Dek kerana itulah Baginda memiliki akhlak yang sangat indah.
Menurut Imam Ghazali di dalam kitab karangannya Ihya’ Ulumiddin, beliau ada menyenaraikan akhlak-akhlak indah yang dimiliki Baginda s.a.w. Malah dengan keindahan akhlak itulah maka ramai yang cinta dan sayang padanya. Antara 10 akhlak tersebut ialah:
Tangan Baginda tidak pernah menyentuh kulit perempuan yang bukan hamba, isteri atau bukan mahramnya.
Baginda s.a.w. sangat dermawan. Beliau tidak menyimpan wang satu dinar, atau satu dirham pun di rumahnya. Jika memiliki lebihan wang dan tidak menemukan orang yang hendak diberinya, maka Baginda tidak akan membawanya masuk ke dalam rumah. Sehinggalah Baginda dapat mengatur pemberian kepada sesiapa yang memerlukan.
Baginda tidak pernah makan hingga berlebihan, dan hanya makan kurma serta gandum sebagai makanan asas.
Biasanya Nabi s.a.w. akan membaiki sendiri capalnya yang rosak. Menjahit dan menampal baju jika koyak tanpa dibantu oleh isteri-isterinya. Dan sering membantu pekerjaan isterinya seperti memasak dan membasuh.
Baginda s.a.w. sentiasa memenuhi undangan tanpa mengira status sekalipun yang mengundangya adalah seorang hamba atau fakir miskin.
Baginda sentiasa tersenyum. Beliau hanya akan marah demi menegakkan agama Allah dan bukan demi membela kepentingan diri sendiri.
Menjenguk orang yang sakit juga merupakan amalan yang biasa Baginda s.a.w. lakukan, sekalipun rumah pesakit tersebut terletak jauh dari kota Madinah.
Baginda suka dengan bauan yang wangi dan sentiasa berwangian sekalipun berada di rumah.
Baginda sesekali bergurau, tidak mengatakan kecuali yang benar sahaja. Apabila tertawa beliau mengeraskan suaranya (ketawa terbahak-bahak).
Baginda sentiasa bersifat adil kepada ister-isterinya, sahabat-sahabatnya waima kepada hamba-hambanya juga tanpa mengira lelaki atau wanita.
10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU