Sudah masanya kita tutup zoo?

Sudah masanya kita tutup zoo?. PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mengatakan sudah tiba masanya untuk kerajaan menutup zoo di negara ini kerana ia merupakan peninggalan kuno yang menelan belanja besar selain menyebabkan haiwan teraniaya.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, apa tujuannya melindungi hidupan liar di dalam kurungan ketika habitat semula jadinya dijarah dan dieksploitasi?

Perdebatan tentang kewajaran meneruskan operasi zoo kembali bergema di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang menyaksikan banyak zoo di seluruh dunia bergelut untuk kelangsungan haiwan di dalamnya.



Bagi penyokong idea zoo wajar ditutup, mereka menganggap perbuatan menjadikan haiwan sebagai bahan persembahan di zoo, taman tema dan taman laut sebagai kejam.

Tindakan mengurung haiwan juga boleh menyebabkan ia tertekan sehingga sukar menyahtoksik, kurang daya tahan serta sukar membiak.

Jika saintis ingin mengkaji hidupan liar, mereka kini boleh melakukannya secara elektronik menerusi sistem pengesan kedudukan global (GPS), kolar pengesan dan kamera kawalan jauh. Saintis tidak perlu mengurungnya di dalam zoo untuk mengawasi haiwan, kata mereka.

Dari segi kos pula, ia semakin membebankan. Kos operasi tahunan untuk menjaga dua ekor panda gergasi dari China ialah sebanyak RM2.25 juta pada 2015. Untuk menjaga lebih 5,000 spesies haiwan di Zoo Negara pula kosnya mencecah RM1 juta setiap bulan.



Konsep zoo yang bermula sejak 2,500 tahun Sebelum Masihi ini asalnya dikatakan hanya untuk membolehkan orang kaya bermegah-megah dengan koleksi binatang mereka.

Sehingga awal abad ke-19, koleksi haiwan eksotik biasanya dimiliki oleh raja-raja dan permaisuri sahaja, dan merupakan simbol kuasa diraja.

Hal ini berubah dengan penubuhan Zoologi Society of London di Regent’s Park pada tahun 1828. Ia adalah zoo saintifik pertama di dunia dan bertujuan membuat kajian ilmiah ke atas koleksi haiwan yang ada.

Para penyokong membenarkan kewujudan zoo tiga sebab iaitu pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan.



Menurut hujah ini, mempertonton keajaiban hidupan liar planet kita kepada orang ramai, dan menyelidiki biologi haiwan ini untuk membantu mereka kembali ke alam semula jadi memberi legitimasi kepada kewujudan zoo.

Di dunia yang dilanda perubahan iklim, kehilangan habitat dan pertambahan jumlah manusia, zoo memberikan perlindungan untuk spesies terancam di dunia.

Perkara yang sama berlaku untuk pemuliharaan. Program pembiakan haiwan yang hampir pupus sangat penting. Sekiranya bukan kerana zoo, misalnya, tidak akan ada oryx Arab yang tersisa di dunia. Oryx ialah spesies antelop yang hidup di kawasan gurun.

Oryx Arab diburu hingga pupus di alam liar pada tahun 1972 tetapi kemudian dibiakkan semula di Taman Safari San Diego, Amerika Syarikat sebelum program pembiakan diperluas ke Oman dan Arab



Saudi. Kini dianggarkan terdapat lebih 1,000 oryx Arab dilepaskan ke alam liar.

Sebuah zoo di Mexico pula semakin menjadi tumpuan berikutan kejayaan membiakkan singa putih yang unik dan semakin pupus di negara asalnya, Afrika.

Antara haiwan terancam berprofil tinggi yang ada di Zoo Negara ialah gajah Malaya, harimau belang, tapir Malaya, orang utan Borneo dan beruang matahari. Namun, spesies tersebut dikatakan sukar dibiakkan kerana faktor tertentu. Menurut laporan, hanya seekor gajah Malaya dapat dilahirkan dalam tempoh 10 tahun setakat 2016.

Justeru, zoo utama di Malaysia harus menumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam program pembiakan spesies haiwan terancam.



Fungsi Zoo kini bukan sekadar mempertonton hidupan liar kepada pembayar tiket, sebaliknya apa yang lebih penting ialah melindungi dan menyelamatkan spesies haiwan terancam tersebut.

Jika itu dapat dilakukan, zoo mungkin masih kekal relevan.

Sudah masanya kita tutup zoo?


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker