Pedofilia Alladin akan berdepan beberapa lagi pertuduhan

Pedofilia Alladin akan berdepan beberapa lagi pertuduhan, kata polis

KUCHING: Pedofilia Alladin Lanim yang telah dijatuhi hukuman penjara 48 tahun enam bulan dan 15 sebatan dijangka berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.



“Pada 5 Julai, Alladin telah berjaya ditangkap dengan ribuan bahan pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya dan beliau disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi berkata lima kanak-kanak dari kawasan kejiranan suspek juga telah tampil bersama ibu bapa mereka untuk membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata Alladin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 16 dan 17 Ogos lepas dengan 18 pertuduhan.

Sementara itu, Aidi berkata laporan bahawa Alladin telah ditangkap di pusat kuarantin di Kuching setelah pulang dari Semenanjung Malaysia adalah tidak tepat.



Beliau berkata Alladin tidak pernah keluar dari Sarawak sejak pulang ke negeri itu pada 2016.

Sebaliknya Aidi menjelaskan tangkapan Alladin adalah hasil kerjasama pihak polis Malaysia bersama polis Australia yang mengenalpasti identiti suspek melalui kegiatannya di ‘Dark Wweb’.

“Hanya berbekalkan maklumat ini, polis telah menjalankan risikan sehingga berjaya mengetahui keberadaan Alladin yang bekerja sebagai konduktor lapangan di sebuah ladang kelapa sawit di Biawak, Lundu,” katanya. FMT

Pedofilia Alladin akan berdepan beberapa lagi pertuduhan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup mengaku sepupu elak dicekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker