Memang Sweet Habis..Remy Ishak Tolong Isteri Buat Iklan Kasut, Peminat Tengok Pun Cair [VIDEO]

Memang Sweet Habis..Remy Ishak Tolong Isteri Buat Iklan Kasut, Peminat Tengok Pun Cair [VIDEO]

INGATKAN ‘demam’ Remy Ishak sudah berakhir sejak dia mendirikan rumah tangga tetapi telahan tersebut salah belaka.

Mana tidaknya, hampir setiap hari ada sahaja namanya menjadi bahan bualan netizen dalam media sosial.

Terbaharu, Remy sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila muncul dalam video siaran langsung isterinya, Ezza Yusof bagi mempromosikan rekaan kasut jenamanya sendiri.

Paling mencuri perhatian ialah apabila Remy muncul dan turut memakai serta menari-nari sambil menggayakan kasut jualan si isteri tersayang.

Aksi lucu tersebut mencetuskan deraian tawa Ezza yang tidak menyangka suaminya tergamak memakai kasut tersebut.

“Terima kasih, semoga awak dimurahkan rezeki suamiku,” kata Ezza kepada Remy.

Alahai manis bersemut pasangan suami isteri itu. Ezza juga dipuji kerana tutur katanya yang sangat sopan dengan suami.

Harapnya tiada hati yang kembali berdarah melihat gelagat lucu dan romantis ‘kanda’ Remy dengan adindanya itu.

MIZZ LAHAR: Kumbang bukan seekor dik. Zul Ariffin pun kata, harap dia dapat kahwin sebelum meninggal. Alahai sayang Zul!-KOSMO/Instagam Ezza

Memang Sweet Habis..Remy Ishak Tolong Isteri Buat Iklan Kasut, Peminat Tengok Pun Cair [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tergamam Lukisan Memukau..Pelukis Gabra Remy Ishak Hantar DM, Nak Beli Foto ‘Hadiah Sendiri’

Latif Romly menang emas, nama Remy yang panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker