Harap ramai penduduk negeri pergi bercuti

Harap ramai penduduk negeri pergi bercuti. Industri perhotelan kini hanya bergantung harap kepada aktiviti cuti inap atau staycation di kawasan atau negeri tempat ia beroperasi bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka dalam sektor tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata, pengusaha hotel ketika ini hanya menerima pengunjung dari negeri yang sama berikutan larangan merentas negeri masih berkuat kuasa.

Justeru, pihaknya berharap agar kerajaan mempertimbang semula kebenaran merentas negeri kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 bagi merancakkan kembali ekonomi sektor tersebut.

“Industri masih memerlukan kebenaran merentas negeri untuk menggiatkan semula pelancongan domestik.

“Pada masa ini, pemain industri hanya boleh bergantung kepada aktiviti staycation di dalam kawasan atau negeri tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Lip Seng berkata, pengusaha hotel tidak akan menerima ramai pelanggan meskipun aktiviti pelancongan membabitkan penginapan di hotel dan inap desa bagi individu yang lengkap dua dos dibenarkan di Lembah Klang.

Jelasnya, mereka mungkin tidak akan berbuat demikian dalam masa terdekat disebabkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini masih tinggi.

“Jika kita lihat, ketika kerajaan membenarkan orang ramai untuk melakukan staycation satu ketika dulu, industri hotel masih belum melihat peningkatan pelanggan yang mendadak.

“Jadi saya rasa situasi sama akan berlaku apabila staycation dibenarkan pada Jumaat ini,” katanya.

Harap ramai penduduk negeri pergi bercuti


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker