Esma Danial pasang badan mula ‘digilai’ remaja

Aktor, Esma Danial tidak menafikan ramai peminat baharu daripada kalangan remaja mula mengikuti perkembangan karier dan peribadinya.

Jelas Esma, statistik di Instagramnya menunjukkan bilangan pengikut remaja merupakan angka paling ramai dan rata-rata mereka bermula di usia 15 tahun.

“Bagi saya ini satu pujian dan bangga sebab ada peminat generasi baharu. Tidak sangka pula, sukar untuk ada peminat muda yang tonton lakonan kita.



“Kalau keluar, ada juga peminat sebaya saya menyampaikan salam minat daripada anak-anak mereka (tertawa kecil),” kata Esma ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah Esma, hal itu berlaku disebabkan dia rajin memuat naik perkongsian mengenai penglibatan dalam aktiviti kesihatan seperti berbasikal, gim dan berlari.

“Sebagai seorang pelakon, tubuh badan dan stamina kita kena sihat. Kalau tidak macam mana nak berlakon?

“Lagi satu aktiviti sebegitu, dapat memberi saya kelegaan selepas menjalani cabaran ketika berlakon,” jelasnya.



Menerusi akaunnya, pelakon ini rajin memuat naik gambar tanpa mengenakan baju dan majoriti gemar menyakat tubuh Esma yang dilihat semakin sasa.

Esma Danial pasang badan mula ‘digilai’ remaja

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saya Bukan Jenis Kalau Upload Akan Delete”, Janna Nick Pakai Baju Terdedah Nampak Dada [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker