Wanita dilantik dalam kabinet Taliban

Wanita dilantik dalam kabinet Taliban. Kerajaan Afghanistan akan dianggotai kaum wanita pada masa depan, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid.

Pada Selasa, Taliban mengumumkan pembentukan kerajaan sementara Afghanistan yang menyaksikan tiada menteri dilantik dalam kalangan wanita, lapor Sputnik.

“Kerajaan ini bersifat sementara. Kami akan menyediakan jawatan buat wanita, tertakluk dengan undang-undang Syariah. Ini adalah permulaan, tetapi kami akan mencari jawatan sesuai buat mereka untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan. Ia akan dibuat pada fasa kedua,” kata Mujahid kepada stesen penyiar BFMTV pada Rabu.



Pada Rabu, rakyat Kabul mengadakan tunjuk perasaan di daerah Dashte Barchi, barat Kabul, menuntut penyertaan wanita dalam menganggotai Kabinet.

– Bernama

Taliban janji lantik wanita dalam kabinet

 




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker