Tragedi Sakit Perut Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pecah Berkecai [VIDEO]

Sebaran :

Tragedi Sakit Perut Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pecah Berkecai [VIDEO]

PASTI panik dan ngilu apabila mendengar tentang insiden mangkuk tandas jenis duduk pecah.

Itulah yang dihadapi seorang gadis menggeletar sewaktu berdepan dengan ‘tragedi’ itu yang berlaku di hadapan matanya.

Timbul tanda tanya dalam kalangan netizen menerusi video di aplikasi TikTok itu, sama ada ia berlaku berpunca daripada tindakan mencangkung ketika menggunakan tandas duduk itu

Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Syiera Eyye berkata, insiden berlaku baru-baru ini di tandas di biliknya sendiri di sebuah kuarters kediaman di Ampang, Selangor.

Bagaimanapun dia yang berusia 22 tahun itu tampil menjelaskan bahawa ia pecah bukan disebabkan dia duduk bertinggung di tandas duduk yang diperbuat daripada seramik itu.

VIDEO DIBAWAH:-

“Sebenarnya mangkuk tandas tu pecah selepas ditimpa oleh tangki air pam tandas yang tercabut dari dinding.

“Masa tu, saya baru nak basuh tangan dan kaki di paip yang terletak tepi mangkuk tandas. Tiba-tiba tangki air tu jatuh dan hempap mangkuk tandas dan pecah,” katanya kepada mStar.

Syiera berkata, kejadian berlaku sehari selepas sinki baharu dipasang di bilik airnya bagi menggantikan yang lama, sambil menambah dia turut menyedari terdapat retakan di dinding.

“Retakan dinding tu dah berlaku dua, tiga hari sebelum sinki ditukar baru. Tapi saya lupa maklumkan kepada pihak pengurusan perumahan mengenai keadaan itu.

“Tangki tu dilekatkan dengan gam sebagai penguat. Retakan dinding mungkin membuatkan struktur tangki tersebut tak kukuh sebelum terjatuh,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, kejadian berlaku begitu pantas dan dia terkejut apabila serpihan mangkuk tandas yang pecah itu nyaris menimpa kakinya.

“Saya dengar bunyi pelik, tiba-tiba tangki terus jatuh. Tangan saya menggeletar sebab hampir kena kaki saya. Tangki jatuh di sebelah kanan tandas, dan saya berada di bahagian kiri.

“Hanya saya seorang di rumah ketika kejadian, saya terus buat video call sambil menangis dengan mak yang sedang bekerja di kafe dekat rumah,” tambahnya

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kecantikan di Kolej Geomatika di Kuala Lumpur itu bagaimanapun bersyukur kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

“Kalau tengok depan mata, memang mengerikan. Selalu terbaca kisah mangkuk tandas pecah sampai ada yang cedera, punggung koyak.

“Tapi ingin saya perjelaskan bahawa mangkuk tandas tu pecah kerana ditimpa oleh tangki air pam tandas, dan bukan sebab saya mencangkung atas mangkuk tandas. Saya tak pernah mencangkung ketika menggunakannya,” tegasnya sambil menambah mangkuk tandas baharu dipasang di bilik air keesokan hari.

Walau bagaimanapun kata Syiera, sebelum kejadian pada tengah hari itu, dia terlebih dahulu berasa perutnya memulas seperti hendak buang air besar.

“Masa sakit perut tu saya di kafe dekat rumah tolong mak. Sakit perut makan nasi kandar agaknya pagi tu. Dan biasanya saya akan balik ke rumah kalau nak guna tandas.

“Sampai di rumah, saya singgah bagi makan kat kucing. Selepas tu saya ke bilik air untuk basuh tangan dan kaki, sebelum kejadian berlaku.

“Bila mangkuk tandas tu dah pecah depan mata, bukan saja tangan terketar-ketar… saya terus tak jadi nak buang air. Tak dapat bayangkan kejadian berlaku ketika saya buang air, kalau tangki tak jatuh kat mangkuk tandas, mungkin kena badan atau kaki saya.

“Syukur Alhamdulillah saya tak cedera, cuma terkejut. Bahaya kejadian seperti ini, saya nasihatkan semua supaya sentiasa berwaspada dan ingat bahawa mangkuk tandas duduk tak dapat menampung beban atau impak yang sangat kuat, apatah lagi mencangkung atasnya,” katanya-mSTAR/TikTok

Tragedi Sakit Perut Makan Nasi Kandar, Mangkuk Tandas Pecah Berkecai [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15

Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)


Sebaran :

Leave a Reply