Salah guna surat pungut derma, JAIK buat operasi

Salah guna surat pungut derma, JAIK buat operasi

Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menjalankan operasi membanteras kegiatan memanipulasi lesen serta surat kebenaran kepada individu tertentu untuk memungut derma.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAIK, Syeikh Azhari Mohamad berkata, pemeriksaan bermula jam 10 pagi dan ia tertumpu di kawasan hadapan bank dan lokasi tumpuan ramai di sekitar bandar raya Alor Setar.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan pertama di hadapan sebuah bank di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, seorang wanita berusia 50-an didapati memungut derma menggunakan surat kebenaran dikeluarkan JAIK namun nama wanita terbabit tiada dalam senarai surat itu.

“Wanita itu memaklumkan, dia hanya mewakili suaminya untuk berbuat demikian (memungut derma) dan kita minta dia beredar dari kawasan itu, malah lesen pungutan derma itu masih sah sehingga April 2022.

“Memang kami ada mengeluarkan surat dan mempunyai senarai nama pemungut derma yang dibenarkan namun ada yang cuba mengambil kesempatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Syeikh Azhari berkata, disebabkan wabak Covid-19, pihaknya tidak melakukan tangkapan, sebaliknya hanya akan mengambil tindakan sekiranya ada yang melakukan kesalahan.

Katanya, pihaknya hanya memberi amaran namun jika aduan masih diterima, tindakan selanjutnya akan diambil.

“Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 69 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008, iaitu pungutan khairat.

“Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang kecuali dengan kebenaran nyata daripada JAIK atau menurut kuasa surat kebenaran,” katanya.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau berkata, sebahagian besar pemungut derma melakukannya secara berasingan dan setakat ini pihaknya belum menerima maklumat mereka terbabit dalam sindiket.

“Kita mohon supaya orang ramai memeriksa surat kebenaran pemungut derma terlebih dahulu kerana ada tempat yang boleh dipungut, siapa yang layak dan tempoh masa pungutan dilakukan,” katanya. FMT

Salah guna surat pungut derma, JAIK buat operasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker