Lelaki mabuk cuba rogol warga emas

Lelaki mabuk cuba rogol warga emas

Seorang lelaki warga asing mengaku salah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan hari ini atas pertuduhan cubaan merogol seorang wanita warga emas pada Februari lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh Hamaya Rosmli, 38, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba merogol seorang wanita warga emas yang berusia 61 tahun di kawasan kebun pokok getah di Kampung Limau Purut, Tanah Merah kira-kira jam 9 pagi pada 23 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna memohon tiada jaminan ditawarkan sepanjang perbicaraan kes kerana tertuduh merupakan jiran yang tinggal bersebelahan rumah mangsa yang kini trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu tertuduh dalam rayuannya mengakui melakukan kesalahan itu kerana berada dalam keadaan mabuk sebelum cuba merogol mangsa.

“Saya minum arak dan mabuk sebelum keluar untuk memancing ikan. Saya hanya ingat saya memegang wanita tersebut,” katanya.

Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhi sebarang hukuman terhadap tertuduh selain tidak menawarkan jaminan dan tarikh 27 September depan ditetapkan untuk sebutan semula kes. Mk

Lelaki mabuk cuba rogol warga emas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker