Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Wilayah Persekutuan terus memainkan peranan penting sebagai tonggak pentadbiran, nadi ekonomi dan lambang kematangan sebuah wilayah yang berkembang hasil usaha bersama rakyatnya.
Menurut beliau, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sekadar pusat pentadbiran dan ekonomi negara, malah mencerminkan kejayaan pembangunan yang digerakkan secara inklusif melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
“Selain daripada menjadi pusat pentadbiran dan nadi ekonomi negara, Wilayah Persekutuan turut mencerminkan kematangan sebuah wilayah yang berkembang hasil usaha bersama rakyatnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tema sambutan tahun ini, “Wilayah Persekutuan Kita”, sekali lagi diangkat sebagai peringatan bahawa Wilayah Persekutuan adalah milik bersama yang perlu dipelihara, diperkasa dan dibangunkan secara berterusan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
“Tema ini membawa mesej jelas bahawa Wilayah Persekutuan perlu terus dipelihara dan diperkasakan agar kekal menjadi ruang yang selamat, maju serta sejahtera untuk didiami oleh semua rakyat,” ujar beliau.
Tambah Ahmad Zahid, setiap kemajuan dicapai hari ini lahir daripada komitmen berterusan pelbagai pihak termasuk penjawat awam, komuniti setempat, sektor swasta dan seluruh warga yang menyumbang kepada pembangunan wilayah.
“Kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat adalah asas kepada kestabilan serta kemajuan Wilayah Persekutuan. Inilah kekuatan sebenar yang perlu terus dipertahankan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh warga untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab bersama agar Wilayah Persekutuan kekal menjadi lambang kemajuan, perpaduan dan masa depan negara.
“Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2026. Semoga Wilayah Persekutuan terus makmur dan dirahmati oleh Allah SWT,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati penyerahan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974, sekali gus menandakan penubuhan Wilayah Persekutuan yang pertama.
Kini, Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Labuan yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1984, serta Putrajaya pada tahun 2001 yang berperanan sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Seiring lebih lima dekad penubuhannya, Wilayah Persekutuan terus berkembang sebagai pusat pentadbiran, ekonomi dan kehidupan rakyat, mencerminkan kemajuan negara serta kepelbagaian masyarakat Malaysia yang bersatu padu. – UMNO Online
Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.