Sarawak tak diwajibkan buat Minggu Solidariti Palestin

Sarawak tak diwajibkan buat Minggu Solidariti Palestin

Sekolah di Sarawak tidak diwajibkan untuk melaksanakan Minggu Solidariti Palestin, menurut pengerusi PH negeri itu Chong Chieng Jen.

Chong berkata dia telah mendapatkan pengesahan berkenaan perkara itu dengan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.



“Pekeliling oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berkenaan minggu solidariti untuk Palestin, dan mengarahkan semua sekolah untuk membuat program bagi menyokong Palestin telah mencetuskan kebimbangan besar dalam semua sektor di Sarawak.

“Pendirian DAP Sarawak adalah KPM tidak harus melibatkan pelajar sekolah dalam konflik politik antarabangsa antara Palestin dengan Israel, kerana ia isu yang sangat rumit dan emotif, yang sering dikaitkan dengan kemarahan dan kebencian,” kata Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak malam tadi.

Justeru, katanya, pelajar yang masih muda tidak patut dilibatkan dengan isu tersebut ketika masih di peringkat persekolahan.

Semalam, KPM berkata Minggu Solidariti Palestin yang akan dilaksanakan pada 29 Oktober hingga 3 November bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan, di kalangan pelajar.



Selain sekolah, arahan itu juga melibatkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Beberapa wakil rakyat telah menyuarakan bantahan dengan antaranya berkata sekolah perlu kekal menjadi ruang neutral untuk pembelajaran dan pemahaman.

Sebelum itu, sejumlah NGO turut menyuarakan bantahan sama dan menggesa KPM agar tidak melibatkan sekolah dan institusi pendidikan dalam isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.

Runding dengan pihak terlibat



Mengulas lanjut, Chong berkata ketika dialog antara menteri pendidikan dengan ahli parlimen kerajaan baru-baru ini, ahli parlimen DAP Sarawak telah menyuarakan bantahan dan kebimbangan berkenaan program tersebut di sekolah di negeri itu.

“Sementara kita semua menentang kekejaman perang dan mengharapkan keamanan, kita tidak ingin anak-anak kita terlibat secara emosi dalam konflik Palestin/Israel di usia yang begitu muda.

“Apabila jelas program ini tidak diwajibkan kepada sekolah di Sarawak, saya harap pengurusan sekolah tidak berasa terpaksa dengan arahan untuk melaksanakannya,” katanya lagi.

Semalam, Borneo Post memetik Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn sebagai berkata KPM dan jabatan pendidikan negeri sepatutnya berunding dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan.



Menyifatkan langkah itu sebagai “tidak bijak”, Roland berkata walaupun pendidikan di bawah kuasa persekutuan, sebarang perkara melibatkan murid perlu dirunding dan dipertimbang secara menyeluruh.

“Pendidikan di bawah persekutuan tetapi mereka sepatutnya berunding dengan kerajaan Sarawak sebelum mengeluarkan surat (pekeliling).

“Arahan oleh KPM adalah tidak bijak kerana ada implikasi perundangan. Ini adalah pandangan peribadi saya, bukan kementerian,” katanya seperti dipetik.

Katanya lagi, mendedahkan murid dengan krisis Timur Tengah boleh membawa kepada kesan besar, terutama terhadap perlakuan sosial dan minda mereka.



“Saya benci segala bentuk keganasan terhadap semua manusia. Tetapi kita perlu ingat hampir semua pelajar sekolah bawah KPM adalah bawah umur. Jadi perlu dapatkan kebenaran ibu bapa dan penjaga mereka.

“Komen ini tiada kaitan dengan kaum atau agama. Ia isu perundangan dan pendidikan. Kita perlu bantu semua yang memerlukan. Israel dan Hamas perlu hentikan perang,” katanya lagi. Mk

Kalau benci keganasan apa salah bersolidariti dengan Palestine?

Sarawak tak diwajibkan buat Minggu Solidariti Palestin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker