Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran
Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran – Netizen
Orang ramai mula mempertikaikan niat dan ‘jihad’ sebenar Caprice dibumi Jordan selepas tular satu klip video pendek yang memaparkan aksi penyanyi rap itu sedang menyanyi di padang pasir bersama beberapa individu lain.
Video klip berdurasi 14 saat tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @thisISsalazar.
Kosmo! difahamkan, video yang turut memaparkan Caprice menaiki kenderaan jenis Range Rover adalah sebahagian daripada ‘promo’ untuk video klip lagu terbarunya bersama artis negara tersebut.
Susulan perkongsian di Twitter itu, rata-rata netizen mempersoalkan niat sebenar Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, selepas lebih dua bulan berada di Jordan bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
“Zaman serba maju ni dah tak sesuai dah nak membohong orang, Caprice ni dia ingat netizen ni benak agaknya nak bodoh-bodohkan orang. Ramai dah orang tahu apa niat dia nak ke sana,” ciap @zaharrahman.
Selain itu, ada juga netizen yang berseloroh dengan menyatakan itulah ‘jihad’ sebenar Caprice di sana sehingga mampu mengugat askar Yahudi.
“Tak baik korang ‘bash’ dia, lagu ni mampu menakutkan para yahudi sehingga bertempiaran lari who knows,” ciap @nrain29.
“Senjata Caprice utk melalaikan tentera Israel. Who knows,” ciap @_shahril.
Pada masa sama, pengguna laman Twitter menyeru agar penyanyi itu tidak pulang ke tanah air kerana kecewa dengan tindakannya yang didakwa telah menggunakan perjuangan ‘jihad’ bagi kepentingan sendiri.
“Takpe lah Caprice duduk je kat arab tu selamanya, kami rakyat Malaysia tak perlukan anda langsung, tidak merugikan negara,” ciap @tnmr99. K Online
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul
You must be logged in to post a comment.