Bawa bayi rentas 200km akibat tekanan hidup

Bawa bayi rentas 200km akibat tekanan hidup

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri nekad menaiki motosikal dengan membawa bayi lelaki berusia 6 bulan hampir sejauh 200 kilometer berkelana ke Selangor akibat tekanan hidup.

Kisah tiga beranak itu dikongsi menerusi hantaran Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kesemua mereka dipercayai dari Kuala Kurau, Perak.



LZS memberitahu, keluarga itu dilaporkan meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak.

Menurutnya, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bertindak segera setelah menerima maklumat awam dengan keluarga itu ditemui di salah sebuah hotel bajet di negeri ini.

“Pasangan muda ini menjalani kehidupan yang sangat terbeban akibat tiada pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

“Anaknya yang berusia enam bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motor dari Perak ke Selangor,” katanya.



Kata LZS, tiga beranak itu merancang untuk menumpang di rumah keluarga di Selangor namun tidak dapat berbuat demikian akibat masalah keluarga.

Tambahnya, berdasarkan hasil siasatan mendapati pasangan muda ini mempunyai rekod penerima bantuan Zakat Selangor sebelum ini.

“Namun telah ditamatkan setelah mereka berpindah ke Perak pada tahun lalu. Di Perak, mereka juga menerima pelbagai bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak,” ujarnya.

LZS menjelaskan keluarga itu ditempatkan di hotel bajet untuk sementara waktu dan bantuan kecemasan bernilai RM500 turut disalurkan kepada mereka. K Online



Bawa bayi rentas 200km akibat tekanan hidup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker