MB Negeri Sembilan dakwa belum tumbang, masih dapat sokongan majoriti ADUN

Negri Sembilan Mentri Besar Aminuddin Harun. UU BAN/The Star

SEREMBAN: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar mengesahkan tiada sebarang surat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau mengesahkan perkara itu selepas ditanya oleh Anthony Loke Siew Fook (PH-Chennah) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14, di sini, hari ini.

“Tiada surat diterima daripada mana-mana Ahli Dewan yang menyatakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,” katanya.

Anthony memaklumkan pengesahan oleh Zulkefly Mohamad itu penting kerana ia sekali gus menunjukkan Aminuddin yang juga ADUN Sikamat masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN untuk terus menerajui kerajaan negeri sebagai Menteri Besar.

“Saya hanya mahu jawapan itu kerana penting bagi memberi mesej yang kuat dan jelas kepada seluruh rakyat mengenai Sikamat (Aminuddin) yang beliau masih ada majoriti dan sokongan dalam DUN yang mulia ini untuk terus menerajui kerajaan Negeri Sembilan.

“Pergolakan dalam parti itu perkara biasa, parti nak buat macam mana, terpulang. Kalau parti nak tukar kedudukan Sikamat sebagai Pengerusi (Majlis Pimpinan Negeri) pun itu adalah hal dalaman parti kerana kedudukan parti tidak menjejaskan kedudukan dalam kerajaan,” katanya.

Anthony yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, selagi Aminuddin mempunyai sokongan majoriti ADUN, kedudukannya sebagai Menteri Besar tidak perlu dipertikaikan.

“Saya mengajak seluruh barisan ADUN kerajaan untuk bersama-sama mendukung dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Sikamat untuk menerajui kerajaan Negeri Sembilan sehingga akhir tempoh,” katanya.

Terdahulu, tersebar kenyataan media di laman sosial berkaitan segelintir pemimpin PKR negeri itu yang didakwa hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

Ketua Penerangan PKR negeri, Yusuf Tapar, dilaporkan berkata Majlis Pimpinan Negeri (MPN) perlu membuat rombakan dan menggantikan Aminuddin selaku Pengerusi MPN negeri yang dikatakan tidak melakukan sebarang penyusunan dan koordinasi berkesan untuk menarik sokongan pengundi terutamanya di kawasan DUN yang perlu diberi tumpuan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan Terhantuk Baru Terngadah, KPM Perlu Pastikan Langkah Betul, Tepat – Ahmad Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker