Jangan Terhantuk Baru Terngadah, KPM Perlu Pastikan Langkah Betul, Tepat – Ahmad Zahid

Jangan Terhantuk Baru Terngadah, KPM Perlu Pastikan Langkah Betul, Tepat – Ahmad Zahid

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pembukaan sekolah dianjakkan ke 3 Oktober depan berbanding perancangan asal pada 1 September ini selepas mengambil kira keadaan pandemik semasa.

Dalam hal ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan agar dipastikan keputusan dan langkah yang dibuat untuk anak-anak bermula Oktober ini adalah tepat dan betul.

Tegasnya, jangan sudah terhantuk baru tengadah dan jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengukur dalam membuat keputusan yang terbaik.



“Sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini tanpa mengambil kira kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi. Ketetapan KPM adalah ramai anggota masyarakat telah divaksinkan dan nilai ambang yang diambil kira dalam PPN.

“Namun kita mahu kerajaan sangat berhati-hati dalam perkara ini. Ini melibatkan soal keselamatan anak-anak dan warga pendidik kita,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujar Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Terlalu banyak perkara perlu diperhalusi secara mendalam kerana rata-rata murid sekolah masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Jangan sesekali mengambil risiko yang kita tidak pasti. Tidak perlu terburu-buru sekali lagi. Elakkan kesilapan lama berulang.



“Meskipun SOP akan lebih diperketat, tetapi sejauh mana ia benar-benar berkesan dalam melindungi murid, perlu jadi keutamaan.”

Katanya, perlu ingat pada 26 April 2021 Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 23,739 pelajar bawah umur 12 tahun telah dijangkiti COVID-19 dan berdasarkan data itu Kementerian Kesihatan mengaku betapa mudah kes ditularkan di sekolah akibat pergaulan sedangkan dilaksanakan pelbagai SOP.

“Pada ketika itu kes jangkitan harian di seluruh negara cuma sekitar 2,000 lebih. Pada hari ini jangkitan harian lebih 18,000 kes dan masih belum menunjukkan penurunan.

“Saya fikir tiada ibu bapa atau penjaga yang sanggup meletakkan anak mereka pada risiko kesihatan. Jika SOP kurang meyakinkan mungkin ramai enggan menghantar anak ke sekolah.



“Akhirnya kembali mengundang isu pendidikan. Situasi yang sangat perlu dielakkan kerana mewujudkan suasana tidak kebersamaan yang akan memangsakan murid sekolah,” katanya lagi. – UMNO Online

Jangan Terhantuk Baru Terngadah, KPM Perlu Pastikan Langkah Betul, Tepat – Ahmad Zahid


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik



Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker