Perdana menteri jutawan

Perdana menteri jutawan

oleh Mahathir Mohamad

Biasanya perdana menteri tidak kaya. Jika dia kaya maka tentulah dia isytihar di waktu dilantik yang dia memiliki kekayaan.

Bahkan awal-awal lagi dia dikenal sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat.

Tetapi apabila perdana menteri selepas menjadi PM menjadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram.

Sebenarnya PM tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas. Jika ada duit diterima, ia untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah.

Jika didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah.

Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campurtangan dalam politik dalam negeri.

Oleh sebab itu segala kekayaan perdana menteri yang didapati selepas ia menjadi PM hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa.

Perdana menteri jutawan

Nota Editor : Akibat sudah berusia mungkin Mahathir lupa dia juga bukan seorang jutawan sebelum menjadi Perdana Menteri. Sekarang boleh lihat saja kekayaannya. Tidak perlu dinyatakan lagi. Mungkin elok tengok cermin sebelum menulis.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker