Trend baharu keluarga diraja Jepun

GENERASI baharu keluarga diraja Jepun yang terkenal dengan kepatuhan kepada tradisi turun-temurun akhirnya berubah sedikit demi sedikit dan ‘berpijak di bumi nyata’ sesuai dengan arus pemodenan kini.

Situasi itu bermula apabila bekas Maharaja Jepun, Akihito, 87, menjadi putera raja pertama di negara tersebut yang berkahwin dengan wanita daripada golongan biasa iaitu bekas Maharani Michiko Shoda, 86, pada tahun 1959 selepas mereka berkenalan di gelanggang tenis.

Ia sekali gus menamatkan tradisi perkahwinan dalam lingkungan kerabat diraja selama lebih 1,400 tahun.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua putera dan seorang puteri.

Pada April 2019, Akihito turun takhta pada April 2019 selepas bersemayam sejak 1989 sejurus kemangkatan ayahandanya, mendiang Maharaja Hirohito yang disahkan menghidap barah.

Akihito yang memerintah selama kira-kira 30 tahun memberi alasan mengalami masalah kesihatan untuk melepaskan takhta dan digantikan dengan putera sulungnya yang bergelar Putera Mahkota pada masa itu dan kini bergelar Maharaja Naruhito, 61.

Bagaimanapun, beliau turun takhta selepas menyatakan hasrat pada tahun 2016 menyebabkan kerajaan terpaksa menggubal undang-undang bagi membolehkan seseorang maharaja berbuat demikian.

Beliau juga menjadi Maharaja Jepun pertama turun daripada takhta dalam tempoh kira-kira 202 tahun setelah Maharaja Kokaku juga berbuat demikian bagi membolehkan anakandanya yang lebih sihat memerintah Jepun pada tahun 1817.

Kini cucu paling tua Akihto dan Michiko, Puteri Mako, 29, meneruskan trend terbaharu generasi muda keluarga diraja itu apabila beliau mengumumkan akan mendirikan perkahwinan dengan tunangnya yang merupakan orang biasa dan bukan keturunan diraja pada tahun ini.

Berita tentang puteri itu akan berkahwin pada hujung tahun ini dengan Kei Komuro, 29, bukanlah perkara baharu kerana mereka pernah dijangka berkahwin pada tahun 2018 selepas mengumumkan kepada umum setahun sebelum itu, namun pihak istana bertindak menangguhkannya sehingga 2020.

 

Puteri Ayako
Puteri Ayako

 

Penangguhan itu dilakukan setelah isu putus tunang ibu Komuro didedahkan oleh media Jepun.

Lelaki itu dilaporkan telah ‘meminjamkan’ wang kepada ibu Komuro sebanyak empat juta yen (RM151,132) pada tahun 2010 sebelum pertunangan mereka diputuskan dan ‘hutang’ tersebut tidak pernah dibayar.

Pada 2019, Komuro akhirnya mengeluarkan satu kenyataan dengan menjelaskan bahawa lelaki berkenaan yang bertindak memutuskan pertunangan dengan ibunya yang berjanji untuk membayar balik perbelanjaan yang telah dibuat semasa mereka bertunang.

Komuro dikatakan berkenalan dengan Puteri Mako pada satu majlis pelajar universiti di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo ketika mereka merupakan pelajar Universiti Kristian Antarabangsa di ibu kota Jepun itu.

Beliau melamar puteri itu ketika makan malam pada 2013 dan hubungan mereka diteruskan walaupun cucu bekas Maharaja tersebut sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam kajian seni muzium dan lulus dari Universiti Leicester, England pada tahun 2016.

Komuro yang menetap di Amerika Syarikat (AS) merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Fordham, New York] dan sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk menjadi peguam.

Puteri Mako ialah puteri yang ketiga berkahwin dengan lelaki bukan keturunan raja dalam zaman moden.

 

Puteri Noriko
Puteri Noriko

 

Sebelum ini, Puteri Noriko menjadi puteri pertama Jepun berkahwin dengan lelaki biasa sebelum diikuti adiknya, Puteri Ayako yang mana kedua-dua mereka ialah anak kepada sepupu bekas Maharaja Akihito, Putera Takamado.

Menurut undang-undang Jepun, puteri yang berkahwin dengan lelaki bukan keturunan diraja perlu melepaskan status kerabat diraja dan mereka tidak lagi dibenarkan untuk memegang gelaran puteri.

Justeru, Puteri Mako akan kehilangan gelaran puteri sebaik sahaja beliau berkahwin dengan Komuro dan dilaporkan enggan menerima bayaran untuk mengekalkan maruahnya

selepas kehilangan status diraja.

Menurut laporan, Puteri Mako tidak mahu menerima bayaran berjumlah

sebanyak 137 juta yen (RM5,176,277) atau lebih daripada kerajaan dengan menggunakan wang pembayar cukai seperti yang termaktub dalam undang-undang Jepun.

Sebelum ini, Puteri Noriko dan Puteri Ayako turut menerima bayaran tersebut daripada kerajaan Jepun.

Puteri Mako yang merupakan anakanda sulung kepada Putera Mahkota, Akishino yang juga adik kepada Maharaja Naruhito sanggup tinggalkan keluarga diraja demi cintanya itu.

 

Bekas Maharaja Jepun, Akihito dan bekas Maharani, Michiko Shoda yang merupakan rakyat biasa. - AFP
Bekas Maharaja Jepun, Akihito dan bekas Maharani, Michiko Shoda yang merupakan rakyat biasa. – AFP

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup lepaskan status kerabat, Puteri Jepun kahwini rakyat biasa tahun ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker