10 Nikmat Allah S.W.T. Kepada Yahudi Di Dalam Surah al-Baqarah
10 Nikmat Allah S.W.T. Kepada Yahudi Di Dalam Surah al-Baqarah
Subahanallah, terdapat banyak nikmat yang Allah berikan kepada orang Yahudi semenjak ketika zaman nabi Musa lagi, namun sayangnya mereka semua tidak bersyukur dengan nikmat tersebut. Mereka bukan sahaja kufur malah lebih dari itu tidak mengakui segala nikmat tersebut datangnya dari Allah dan bermegah diri dengan kelebihan tersebut.
Mereka ingkar dengan perintah Allah, melakukan tipu daya, sombong dan tamak serta mencabar kekuasaan Allah. Maka tidak mustahillah mengapa Allah melaknat sebahagian besar kaum ini di muka bumi dengan menjadikan mereka tidak bernegara.
Namun dengan kelicikan mereka serta kelemahan umat Islam, hari ini kaum Yahudi menguasai sebahagian besar dunia melalui pelbagai sektor antaranya ekonomi, keselamatan, sosial, dan hiburan. Walau bagaimanapun janji Allah itu pasti, suatu saatnya nanti pasti mereka akan dihancurkan akibat perbuatan buruk mereka.
Ini antara nikmat yang Allah kurniakan kepada kaum Yahudi yang perlu anda tahu iaitu:
Pertama: Allah S.W.T. menyelamatkan mereka daripada penderaan Firaun dan kaumnya di mana Firaun membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup.
Ini kerana Firaun telah bermimpi bahawa api menyala-nyala dari Baitulmuqaddis dan menyambar semua rumah orang Arab Qibti di Mesir melainkan rumah Bani Israel. Maka mereka membuat tafsiran bahawa salah seorang putera Bani Israel akan merampas kekuasaan mereka. Sebab itulah anak-anak lelaki Yahudi dibunuh. (ayat 49)
Kedua: Bani Israel berjaya merentasi Laut Merah dengan selamat dan Allah telah menenggelamkan Firaun di situ. (ayat 50)
Ketiga: Allah menerima taubat mereka. (ayat 52)
Keempat: Allah menurunkan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. agar kaumnya mendapat petunjuk. (ayat 53)
Kelima: Pemusnahan menyeluruh terhadap golongan penjenayah iaitu setelah sebahagian mereka menyembah lembu sebagai tuhan. (ayat 54). Cara taubat yang Allah ajarkan ialah orang tidak bersalah membunuh orang yang bersalah.
Maka Allah menghantar awan hitam menaungi mereka agar tidak dapat melihat satu sama lain agar tidak timbul rasa belas dan menghalang berlakunya pembunuhan antara mukmin dan penyembah berhala. Akhirnya yang terbunuh seramai lebih kurang 70 ribu orang. Nabi Musa dan Harun memohon keampunan dan Allah ampunkan mereka yang telah terbunuh dan yang terselamat.
Hari ini Yahudi berjaya membina sebuah negara haram kerana kelicikan mereka dalam tipu daya serta kelemahan umat Islam sendiri.
Keenam: Mereka dihidupkan semula sesudah dimatikan kerana disambar petir. Mereka adalah 70 orang yang pergi mengikut Nabi Musa ke bukit Thur kerana ingin memohon ampun kerana menyembah lembu.
Akan tetapi mereka berkata bahawa mereka tidak akan mengakui kebenaran Allah dan Taurat melainkan kalau mereka dapat melihat Allah. Maka Allah azab mereka dengan petir sehingga mereka mati. Mereka dibiarkan mati semalaman dan kemudian dihidupkan semula dengan disaksikan oleh mereka yang hidup. (ayat 55-56)
Ketujuh: Allah melindungi mereka dari kepanasan dengan awan putih yang tebal iaitu ketika mereka berada dari wadi al Teih yang terletak antara Syam dan Mesir, selama 40 tahun. (ayat 57)
Kelapan: Allah turunkan al-Manna dan al-Salwa. (ayat 57)
Kesembilan: Nikmat tersesat di padang pasir selama 40 tahun tatkala mencari tempat yang disuruh oleh Nabi Musa kerana mereka mahukan makanan lain selain al-Manna dan al-Salwa (ayat 58)
Kesepuluh: Tongkat nabi Musa a.s yang boleh memancarkan air mata air apabila diketuk di batu. Maka terpancarlah 12 mata air yang Allah khususkan untuk setiap mata air itu satu kaum agar mereka tidak bertelingkah. (ayat 60)
Utv
10 Nikmat Allah S.W.T. Kepada Yahudi Di Dalam Surah al-Baqarah
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU