Tiga jawatan timbalan perdana menteri jika PH berkuasa

Tiga jawatan timbalan perdana menteri jika PH berkuasa

Cadangan tiga jawatan timbalan perdana menteri merangkumi pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung mungkin boleh direalisasikan jika Pakatan Harapan (PH) berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, menafikan jawatan nombor dua negara itu seolah-olah menafikan hak rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan.



“Saya secara peribadi tiada bantahan jika cadangan demikian. Mengapa setidaknya ada timbalan perdana menteri dari Sabah dan Sarawak kerana kita semua rakyat Malaysia.

“Ini (jawatan) sesuatu yang boleh jadi (kenyataan) juga tetapi yang penting adalah kena ada perbincangan (bersama parti komponen pembangkang) supaya boleh bawa sesuatu yang benar-benar bermanfaat,” katanya semalam.

Guan Eng berkata demikian menjawab soalan diajukan pengacara rancangan yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Nelson W. Angang berhubung cadangan pemberian tiga jawatan itu bagi mengukuhkan hubungan kerjasama tiga pemimpin pembangkang dari negeri-negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata demikian menerusi webinar bertajuk Peneraju Perjuangan Rakyat: Kebersamaan UPKO dalam Perjuangan PH yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi UPKO Malaysia.



Webinar itu turut disertai pemimpin-pemimpin parti komponen PH lain iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan beberapa pemimpin UPKO serta ditonton lebih 1,000 pengguna Facebook.

Jawatan itu pula dicadangkan sekiranya PH berpeluang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekali gus membentuk kerajaan baharu.

Mengulas berkenaan penyertaan UPKO di dalam PH, Guan Eng berkata, ia memperlihatkan bahawa parti itu benar-benar menunjukkan komitmen kepada rakyat Sabah untuk membangunkan negeri tersebut.

Ia antara lain memenuhi kehendak rakyat Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada tahun 1963.



“Saya berharap dengan ‘khemah besar’ PH dapat menarik lebih banyak parti pembangkang khususnya Sabah dan Sarawak supaya bersama-sama kita. Yang penting ialah perpaduam kaum,” katanya. – UTUSAN

Nota : Ini adalah pembaziran wang rakyat. Apa guna nak lantik sampai 3 TPM. Lepas itu dapat pencen pulak sampai mati. Sudah2lah merugikan negara.

Tiga jawatan timbalan perdana menteri jika PH berkuasa


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker