Elak si katak lompat parti

Elak si katak lompat parti. Awang sokong sangat cadangan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk perkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) pemecatan ahli Parlimen yang lompat katak.

Akta yang diusulkan itu bertujuan mencegah perbuatan lompat parti dengan cara sewenang-wenangnya.

Selagi tidak ada RUU yang berkaitan, selagi itulah banyak katak politik melompat ibarat katak sebenar di musim hujan. Perbuatan mereka sangat keji dan memalukan.

Awang harap RUU ini betul-betul dibentangkan dan jadi kenyataan. Imej orang politik terjejas dengan teruk oleh banyak perbuatan mereka sendiri yang tak boleh dicontohi. Salah satu tindakan yang dibenci oleh rakyat ialah melompat parti.

Perbuatan ahli Parlimen seperti ini terbukti bawa banyak kerosakan pada negara. Kerajaan boleh bertukar, kerajaan yang tak diberi mandat dalam pilihan raya tiba-tiba memerintah, parti yang ditolak berkuasa semula dan macam-macam lagi boleh berlaku. Bukan sahaja parti tidak stabil tetapi kerajaan pun begitu juga.

Perbuatan lompat parti ini bertentangan dengan etika berpolitik dan pilihan raya. Memang patut ada undang-undang jikalau mana-mana ahli Parlimen lompat parti maka tempatnya harus dikosongkan dan pilihan raya kecil harus dibuat. Ini sahaja cara untuk mengajar katak-katak politik ini.

Elak si katak lompat parti


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Speaker terima RUU antilompat parti Azalina tapi belum buat keputusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker