Speaker terima RUU antilompat parti Azalina tapi belum buat keputusan



Sebaran :

Speaker terima RUU antilompat parti Azalina tapi belum buat keputusan

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengesahkan pihaknya telah menerima usul Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said yang mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021.

Bagaimanapun, katanya keputusan belum dibuat untuk menyenaraikan usul itu dalam aturan urusan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-14 pada 13 September hingga 12 Oktober depan.

“Ya saya menerima usul dari YB (Yang Berhormat) Azalina (Othman Said) untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 dan juga RUU Pemecatan Ahli-ahli Parlimen 2021 berserta dengan deraf kedua-dua RUU itu.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Keputusan akan dibuat sama ada untuk membenarkan usul itu disenaraikan dalam aturan urusan majlis setelah aspek perundangan dan keteraturan usul diperhalusi dan diteliti,” katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Semalam, Azalina yang juga bekas timbalan speaker Dewan Rakyat menghantar notis cadangan usul RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021′ kepada Azhar. Notis itu, katanya supaya RUU itu dibentangkan pada persidangan parlimen yang akan bermula 13 September ini.



Menurut Azalina, usul itu adalah selari dengan inisiatif anti lompat parti yang sedang diusahakan kerajaan dan secara tidak langsung mewujudkan kebersamaan dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’.

Melalui akta baru itu, pengundi boleh menarik semula mandat diberikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka dan hak untuk memilih wakil rakyat baru atau mengekalkan penyandang dikembalikan kepada pengundi.

Dia berharap usul itu menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pilihan raya pecat atau recall election.

Menurut Azalina, dia juga berbesar hati dengan perbincangan antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersama blok pembangkang dan bebas untuk memperkenalkan undang-undang itu. Mk



Speaker terima RUU antilompat parti Azalina tapi belum buat keputusan

Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar


Sebaran :


Leave a Reply