Kami kecewa dengan pelantikan Muhyiddin
Kami kecewa dengan pelantikan Muhyiddin
PKR kecewa, anggap pelantikan Muhyiddin cubaan pertahankan legasinya
PKR sangat kecewa susulan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang sebelum ini menerajui kerajaan ternyata gagal menguruskan wabak Covid-19 sama ada dari segi kesihatan, ekonomi mahupun pendidikan.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, berkata beliau juga yang bertanggungjawab melaksanakan darurat, kononnya bertujuan memerangi Covid-19, tetapi wabak menjadi lebih serius di akhir darurat.
“Pengakhiran darurat pula dibuat tanpa perbahasan di Parlimen sehingga pihak Istana Negara sendiri menegur tindakan kerajaan Mahiaddin mengelirukan Parlimen – dan ini membawa kepada kejatuhan beliau.
“Pelantikan Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN menambah satu lagi lapisan birokrasi yang tidak wajar, kerana Mahiaddin masih perlu membentangkan saranan MPN kepada Jemaah Menteri dahulu. Adakah Ismail tidak yakin dengan menteri-menterinya?” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan sejauh mana Muhyiddin bersedia memberi saranan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, untuk membatal atau menambah baik mana-mana dasar pengurusan pandemik yang digubal ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
“Bukan akan ada kecenderungan mantan PM akan cuba mempertahankan legasinya dan bukan menilainya secara objektif?
“Justeru, mengapa perlu Mahiaddin diberi tempat di dalam kerajaan Ismail Sabri – melainkan tujuan survival politik Ismail semata-mata? Sampai bila rakyat dan negara perlu menjadi korban kepentingan politik? soalnya.
Hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf Menteri, seperti diputuskan Jemaah Menteri, pada Rabu lalu
Zuki yang juga setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19. FMT
Kami kecewa dengan pelantikan Muhyiddin
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.