iSend, Ikobana sedia khidmat penghantaran lebih peribadi
iSend, Ikobana sedia khidmat penghantaran lebih peribadi
Kuala Lumpur: iSend Logistics Malaysia (iSend), pakar logistik dan pergudangan meluaskan perkhidmatannya dengan menjalin kerjasama dengan Ikobana Sdn Bhd.
iSend adalah subsidiari MAA Group Berhad, manakala Ikobana adalah penyedia perkhidmatan kurier dan pengangkut barangan tempatan yang ditubuhkan pada 2006, dengan 70 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pengurus Besar iSend Logistic, Zamri Rahman berkata, pada waktu pandemik Covid-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat lonjakan pengunaan digital dalam kalangan pengguna dan juga sektor perniagaan, yang menyaksikan peningkatan besar di dalam transaksi e-dagang.
“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun 2021, perolehan e-dagang tumbuh sebanyak 23.3 peratus kepada RM267.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2020 manakala dibandingkan dengan suku pertama berakhir 31 Mac 2021, perolehan tumbuh sebanyak 5.1 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi keseluruhan tahun 2020, pertumbuhan perolehan e-dagang meningkat sebanyak 32.7 peratus kepada RM896.4 bilion di mana antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah PKP.
Ini kerana, ketika musim pandemik Covid-19 ia bukan sahaja meningkatkan transaksi runcit dalam talian tetapi juga transaksasi dalam kalangan perniagaan terutama sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Menurut Zamri, mengambil peluang di dalam landskap semasa, iSend menawarkan perkhidmatan penghantaran kurier lebih peribadi, kos efisien, pantas dan dipercayai, bukan sahaja untuk pelanggan korporat tetapi juga orang awam.
“Perkongsian strategik antara iSend dan Ikobana akan memberikan peluang kepada kami untuk mempamerkan kedudukan kami dalam pasaran penghantaran di Malaysia.
“Bagi terus seiring dengan letusan e-dagang di Malaysia, iSend akan menumpukan kepada perkongsian, menambah pelaburan di dalam teknologi dan mengukuhkan sistem operasi.
“Kami telah mengenal pasti jurang di dalam permintaan pelanggan dan akan menawarkan produk dan perkhidmatan menarik dan dipertingkatkan tidak lama lagi,” katanya.
Mengulas lanjut katanya, iSend merancang untuk meluaskan operasi ke seluruh Malaysia di dalam tempoh lima tahun ini dengan menyediakan sekurang-kurangnya 99 stesen satelit bagi menyokong tujuh hab di setiap wilayah.
“Pada masa ini, kami memiliki enam pusat pengedaran dan 60 stesen satelit di Malaysia selain operasi di Filipina,” katanya.
Sementara itu, Presiden Ikobana, Nurhazli Ghazali berkata, operasi iSend membolehkan perkhidmatan penghantaran satu tempat ke tempat yang lain.
“Cawangan Ikobana kini menawarkan pengambilan bungkusan dari rumah ke rumah dengan menggunakan aplikasi mudah alih kami.
“Di musim pandemik ini, pengguna lebih biasa melakukan transaksi menerusi internet dan memilih untuk tidak ke luar dari rumah,” katanya. HM
iSend, Ikobana sedia khidmat penghantaran lebih peribadi
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki
- TMJ tells Syed Saddiq to jump off KLCC without a parachute
- Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
- Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
- Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung
- Suami mengamuk isteri muda diganggu kekasih lama
- Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM
- Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap
- Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 di Sabah
- Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah
- Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU
Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’