Tular Chef Terkejut Dapat Lemon Gergasi 2.6 Kilogram

Tular Lemon Gergasi 2.6 Kilogram

PERTH: Sebatang pokok lemon milik sepasang pekebun menghasilkan buah lemon gergasi yang mempunyai berat 2.6 kilogram sehingga menjadi tular di Australia baru-baru ini, Mail Online melapurkan.

Pekebun yang menanam buah lemon itu tinggal di Fremantle, Australia Barat kemudian memberikan buah lemon tersebut kepada seorang chef masakan tempatan, Melissa Palinkas.



Palinkas yang merupakan chef eksekutif dan pemilik sebuah restoran menggunakan buah itu dalam hidangan makanan salad dan membuat minuman limoncello.

Dia kemudian mendapati lemon gergasi tersebut kemungkinan daripada jenis buah lemon ponderosa.

Pokok yang mengeluarkan buah lemon pada bulan Jun lalu itu ditanam di kawasan belakang rumah pekebun itu.

Menurut Palinkas, dia membuat salad lemon ponderosa bersama buah zukini dan zaitun hijau serta lemon bakar.



Ketika mengemas kini akaun Instagramnya, wanita itu menjelaskan bahawa dia melakukan pencarian menerusi Google tentang lemon gergasi.

Menurut akaun Instagramnya, enjin carian Google itu menerangkan ia kemungkinan buah lemon ponderosa dan dia kemudian menemui fakta bahawa buah lemon gergasi itu pada asalnya ditanam di Amalfi iaitu sebuah bandar di Itali.-SH

Tular Lemon Gergasi 2.6 Kilogram




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker