Merdeka tanpa rasuah

Merdeka tanpa rasuah. Memang banyak kejayaan yang telah dicapai selama 64 tahun negara kita merdeka.

Tapi kita kena bandingkan juga negara kita dengan negara-negara yang berjaya macam Korea Selatan, Jepun, China dan Singapura.

Negara-negara itu sama taraf, malah ada yang lebih terkebelakang daripada kita satu masa dulu.



Awang setuju sangat pandangan banyak orang bahawa penyakit paling besar negara membangun ialah rasuah dan salah guna kuasa.

Oleh sebab itu, kita tak boleh keluar dari tahap ‘negara membangun’. Susah nak capai tahap ‘negara maju’ oleh sebab banyak keciciran dan ketirisan.

Macam dasar nak bantu orang Melayu dan bumiputera. Berapa banyak kementerian, jabatan, agensi, institusi pelaburan dan dana bantuan yang diwujudkan untuk mereka?

Tapi apakah tercapai rancangan untuk majukan ekonomi mereka?



Sebahagian besar isunya ialah rasuah dan sikap tidak jujur. Oleh itu, banyak duit untuk bantu orang Melayu dan bumiputera tercicir.

Berapa banyak kekayaan yang dikumpulkan kroni pemimpin politik? Berapa banyak individu ada ‘kabel besar’ jadi jutawan mi segera? Berapa banyak pula kontrak kerajaan diberikan atas dasar pilih kasih?

Sebetulnya banyak penyangak di kalangan kita. Hari ini, sistem nilai bangsa kita terbalik, penyangak rasuah jadi hero yang didendangkan.

Awang sokong pandangan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub mahu merdekakan Malaysia daripada rasuah.



Awang fikir itulah semangat kemerdekaan yang patut kita tanamkan sempena Hari Kemerdekaan ke-64 ini. Dirgahayu Malaysiaku!

Merdeka tanpa rasuah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Keputusan Batal Pingat Emas Ziyad Kekal, Saya Mintak Maaf Pada Rakyat Malaysia- Ziyad



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker