Agong sertai operasi mencari mangsa lemas

Agong sertai operasi mencari mangsa lemas

BERA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencemar duli meninjau dan menyertai operasi pencarian mangsa lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Bohor Baru di sini.

Al-Sultan Abdullah yang diiringi Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain meluangkan masa menyertai operasi mencari menaiki bot bersama pasukan mencari dan menyelamat.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong tiba di pusat operasi mencari di Kampung Bohor Baru pada pukul 4 petang sebelum baginda mendengar taklimat mengenai operasi pencarian.

Usaha mencari seorang anggota tentera yang hilang selepas terjatuh di Sungai Pahang ketika melakukan latihan kelmarin masih menemui jalan buntu apabila mangsa belum ditemukan sehingga kini.

Operasi yang digerakkan bermula pukul 9 pagi hari ini melibatkan pencarian secara permukaan sejauh dua kilometer daripada lokasi kejadian selain aktiviti selaman dan
penggunaan anjing pengesan.

Kelmarin seorang anggota tentera, Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa,27 yang menjalani latihan taktikal Eksesais Para Predator hilang selepas terjatuh ke Sungai Pahang ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan dekat Kampung Batu Bor di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa yang merupakan anggota 10 Briged Para sedang melaksanakan fasa latihan taktikal menyeberang sungai. K Online

Agong sertai operasi mencari mangsa lemas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker