Mayat warga emas ditemui selepas 5 hari meninggal dunia

Mayat warga emas ditemui selepas 5 hari meninggal dunia

PETALING JAYA: Mayat seorang warga emas wanita ditemui dalam keadaan menyayat hati selepas lima hari meninggal dunia dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Dahlia, Seremban 2, Seremban, hari ini.

Lebih memilukan, wanita berkenaan yang berusia 69 tahun itu yang tinggal bersendirian hanya ditemui selepas jiran tetangga menghidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati wanita berusia 69 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari lalu.



“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bau busuk dikesan dari sebuah rumah di Flat Dahlia, di sini.

“Polis ke lokasi kejadian dan mendapati pintu rumah dikunci sebelum polis mendapatkan bantuan bomba bagi membuka pintu rumah berkenaan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, selepas pintu dibuka, pihaknya mendapati mayat wanita berada dalam keadaan tertiarap di bilik tidur.

“Pemeriksaan pada tubuh wanita itu dan kawasan rumah mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.



“Pihak perubatan tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia lebih daripada lima hari. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan waris wanita itu kerana dia tinggal bersendirian di rumah,” katanya.

Mohd Said berkata, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. FMT

Mayat warga emas ditemui selepas 5 hari meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker