Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen

Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Johari Ghani meminta speaker Dewan Rakyat memulakan siasatan terhadap dakwaan seorang Ahli Parlimen yang didesak secara tidak wajar supaya membetulkan kenyataan dibuat di Parlimen.

Semalam, Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat bahawa seorang orang awam, mendakwa dirinya wakil J&E Advance Tech Sdn Bhd, menghubunginya untuk menuntut penarikan balik kenyataan dibuatnya di Parlimen mengenai pengimportan telur dari India.

Menurut Wee, individu tersebut mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO), dan kemudian diputuskan bahawa Wee akan mengeluarkan kenyataan di Parlimen untuk menyelesaikan pertikaian dikatakan timbul daripada kenyataannya sebelum ini.

“Kenyataan Wee menimbulkan kebimbangan pada pelbagai peringkat dan Speaker perlu bertindak segera kerana ia menjejaskan kesucian prosiding di Parlimen dan keupayaan Ahli Parlimen melaksanakan tugas mereka,” kata Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

“Pertama, seorang Ahli Parlimen tidak boleh ditekan oleh mana-mana pihak untuk membuat sebarang kenyataan tanpa rela,” katanya sambil menambah, tekanan sebegitu malah boleh menimbulkan potensi kesalahan jenayah.

“Kedua, tiada pegawai awam atau ahli perniagaan patut membuat sebarang aturan yang direka untuk memberikan tekanan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk berbuat atau berkata sesuatu,” katanya kepada FMT.

Johari juga berkata, dakwaan individu tersebut bahawa perbincangan telah diadakan dengan PMO boleh dianggap sebagai pencerobohan yang menyalahi undang-undang oleh eksekutif dalam Parlimen.

“Mungkin juga sama dengan pelanggaran disiplin penjawat awam. Parlimen bertanggungjawab menyiasat perkara ini dan memastikan tindakan yang perlu diambil.”

PMO sejak itu berkata, ia memandang serius dakwaan tidak berasas itu kerana menjejaskan kredibilitinya dan kerajaan.

Katanya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka terlibat menggunakan nama PMO.

Sementara itu, Wee memberitahu FMT berkata, jelas pihak tertentu cuba menakut-nakutkannya.

“Saya yakin Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiada kaitan dengan perkara ini kerana kami telah bercakap tentang perkara ini, dan ini kes seseorang menggunakan nama PMO.

“Tidak salah saya membangkitkan isu itu di Parlimen. Saya hanya menjalankan tugas saya. Kekebalan Parlimen mesti dihormati,” katanya.

Wee telah diberikan dua surat tuntutan oleh J&E, yang menyatakan ia adalah pengimport tunggal telur dari India, berhubung kenyataan dibuatnya mengenai import itu.

Surat pertama kepada Wee pada 23 Feb berkata, syarikat itu mengalami kerugian dan reputasi tercemar akibat “kenyataan tidak wajar” Wee.

Dalam surat kedua, peguam syarikat itu berkata, perniagaan syarikat itu terjejas secara tidak langsung kerana kenyataan Wee menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna tentang kualiti telur.

Wee dalam catatan di Facebook pada 9 Jan berkata, telur dari India akan mengambil masa antara tiga dan empat minggu untuk sampai ke Pelabuhan Klang melalui laut.

Beliau sering membangkitkan isu bekalan telur di negara ini di Dewan Rakyat. FMT

Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker