Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
Bintulu: Seorang lelaki maut terkena taji ayam laga sendiri ketika lakukan aktiviti sabung ayam di kebun kelapa sawit di kawasan Batu 21, Jalan Bintulu-Miri di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, dalam insiden jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 42 tahun itu sedang mengikat taji pada bahagian kaki ayam sabung miliknya.
“Sebaik melepaskannya, ayam sabung terbabit meluru ke arah mangsa lalu mencederakan pehanya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mangsa yang cedera parah itu kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7.29 malam akibat mengalami pendarahan yang banyak.
Katanya, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati mengejut (SDR).
Sehubungan itu katanya, polis menahan enam lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 53 tahun pada jam 1.30 tengah hari tadi dipercayai terbabit dalam aktiviti sabung ayam itu bagi membantu siasatan dan akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bintulu esok bagi membantu siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
“Bagi kesalahan sabung ayam, kesemua suspek berhadapan dengan hukuman penjara tiga bulan atau denda sebanyak RM1,000,” katanya.
Beliau berkata, bagi kesalahan cuai iaitu dengan sengaja merebakkan apa-apa jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa boleh dihukum penjara enam bulan atau denda atau keduanya manakala perbuatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua suspek berhadapan dengan kompaun tidak lebih RM50,000 jika disabit salah.-HM
Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan
You must be logged in to post a comment.