Kuasa politik Melayu Islam perlu diperkasakan pada PRU-15

Kuasa politik Melayu Islam perlu diperkasakan pada PRU-15. Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kuasa politik Melayu dan Islam perlu dikembalikan ke tangan pemimpin berwibawa dengan agenda membangunkan watan berdaulat.

Ketika itu juga pemimpin politik lama yang tamak kuasa, mencanang agenda rakyat hanya retorik semata-mata, kering idea untuk membangun negara, berebut kuasa hanya untuk menjadi kaya-raya mesti direhatkan dari arena politik negara.

Sebagai sebuah negara merdeka, Presiden BERJASA, Ustaz Haji Zamani Ibrahim berkata, ahli politik yang mempunyai watak negarawan, berwibawa, berintegriti tinggi mesti diangkat sebagai pemimpin untuk membina semula negara yang dicintai.

Selain itu, mereka itu juga diyakini mampu mengangkat Malaysia menjadi sebuah watan berdaulat yang disegani dunia.

“Kibaran Jalur Gemilang tidak cukup, jika ahli-ahli politik muka lama terus rakus dan tamak kuasa serta kering idea dalam membangunkan agenda bangsa. Sistem politik negara diperkosa sehingga ahli-ahli politik rakus berseronok di atas pentas politik yang telah dijadikan ladang kuasa untuk menjadi kaya-raya.

“Sambutan ulang tahun kemerdekaan juga belum cukup, jika neraca benar atau salah, korupsi atau integriti dikira mengikut neraca pihak yang memerintah. Kes mahkamah yang bertimbun-timbun melibatkan puluhan atau ratusan juta ringgit.

“Mereka akan dihukum sekiranya berada di pihak pembangkang, namun disucikan jika bertukar menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Ustaz Zamani juga mengajak rakyat mensyukuri nikmat kemerdekaan negara bagi tahun yang ke-64.

Katanya, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan sudah pasti menjadi lipatan sejarah dan menjadi rujukan generasi-generasi yang akan datang.

“Namun tidak cukup hanya sekadar melaungkan slogan merdeka tetapi Tanah Rizab Melayu yang sudah hilang, masih tidak diganti mengikut keluasan yang sudah hilang itu.

“Tanah adalah kuasa dan ukuran kekuatan sesuatu bangsa. Oleh itu, tidak hairan jika bangsa-bangsa asing yang datang ke Tanah Melayu dan kemudian diberikan taraf warganegara, begitu bersungguh-sungguh untuk memiliki tanah hak milik kekal dan tanah pajakan selama 999 tahun,” katanya.

Presiden BERJASA itu turut membangkitkan persoalan mengenai apa makna kemerdekaan jika rakyat diperbodohkan oleh pemimpin parti yang rakus dan tamak kuasa.

“Rakyat dididik dengan sikap suka meminta-minta. Sikap suka meminta-minta ini disuburkan oleh pemimpin parti haloba untuk menundukkan rakyat demi mendapatkan undi. Cukup dihulurkan kain pelekat dan wang tunai RM10, undi mereka sudah diperolehi untuk menang pilihanraya dan kelangsungan kuasa.

“Inikah negara merdeka? Inikah sahaja yang kita mampu lakukan untuk mengisi kemerdekaan? Kita mesti merasa takut dan bimbang. Ini adalah kerana, permainan kuasa politik masa kini, kita sudah boleh membuat satu andaian bahawa masa depan kuasa politik Melayu dan Islam adalah sebagai kuasa politik penumpang dan diperkudakan.

“Sekarang kita tanya diri kita, adakah kita benar benar merdeka? Jika benar, kita sudah tidak ada masa dan mesti berani untuk melangkah dan membuat keputusan,” katanya.

Kuasa politik Melayu Islam perlu diperkasakan pada PRU-15


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sepakat di bawah Keluarga Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker