Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah disahkan ada Afghanistan

Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah disahkan ada Afghanistan

KABUL: Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, yang tidak pernah tampil di khalayak umum dan kedudukannya selama ini tidak diketahui, kini disahkan berada di Afghanistan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, mengesahkan beliau berada di Kandahar dan sudah berada di sana sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada 15 Ogos lalu.

Timbalan Zabihullah, Bilal Karimi, pula mengesahkan Hibatullah akan membuat penampilan umumnya yang pertama tidak lama lagi.

Malah, lokasi pemimpin digelar komander yang mengetuai Taliban sejak 2016 itu juga tidak pernah diketahui sebelum ini.

Setakat ini, hanya sekeping gambar Hibatullah pernah dikeluarkan Taliban sejak kumpulan itu menakluki Kabul.

Malah, sejak menguasai Kabul bulan ini, kumpulan itu terus mengawal pergerakan Hibatullah.

Sebelum ini, penampilan Hibatullah dilihat hanya terhad kepada penyampaian mesej tahunan sempena cuti perayaan Islam.

Sehingga kini, ketua pelbagai puak Taliban bukan saja dilihat berkhutbah secara terbuka di masjid di Kabul, namun turut bertemu dengan tokoh pembangkang beberapa hari kebelakangan ini.

Difahamkan, Hibatullah dilihat banyak mengikut gaya pengasas Taliban, Mullah Mohammad Omar, yang sering beroperasi di sebalik tabir kerana menjadi sasaran utama serangan.

Kerahsiaan berhubung kedudukan pemimpin tertinggi Taliban mungkin didorong alasan keselamatan susulan pembunuhan bekas pemimpin kumpulan itu, Mullah Akhtar Mansur, dilakukan melalui serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS).

Hibatullah belum mengeluarkan sebarang kenyataan sejak kemenangan Taliban, selaras dengan strategi pergerakan itu memastikan pemimpin utamanya tidak terdedah kepada bahaya.

Kandahar adalah tempat kelahiran pergerakan Taliban dan juga pusat pentadbirannya sekitar 1990an. BH

Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah disahkan ada Afghanistan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker