Damaikan segera UMNO dan PPBM, sebagai persediaan hadapi PRU15 – Prof Ridhuan Tee



Damaikan segera UMNO dan PPBM, sebagai persediaan hadapi PRU15 – Prof Ridhuan Tee. Tahniah atas lantikan Kabinet baharu. Tidak banyak yang boleh diharapkan kerana kesuntukan masa untuk Kabinet baharu menjalankan tugas dan melakukan pembaharuan kerana, sukar bagi kerajaan yang ada majoriti tipis untuk bertahan lama melainkan mendapat mandat semula melalui PRU15 pasti akan berlaku tidak lama lagi. Saya menjangkakan sehingga akhir tahun ini.

Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang telah dibuat, kerana nasihat dan pesanan telah dibuat sebelum ini iaitu pentingnya pemimpin yang ada watak pendamai dan qawiy al amin. Lagipun tidak ramai muka baharu yang ditonjolkan.

Harapan saya, bekerjalah sekuat-kuatnya, terutama dalam memerangi pandemik dan mengurus ekonomi negara dengan baik

Jangan hiraukan suara-suara nyamuk ultra kiasu diluar sana. Ultra kiasu tidak pernah berpuas hati semenjak mereka tidak berada dalam kerajaan lagi. Apa yang PN atau BN buat semua tak kena. Mereka sahaja yang dia perasan terbaik. Walhal, jauh panggang dari api.

Kita amat mengharapkan Kabinet yang dipenuhi dengan ramainya pemimpin UMNO dan PPBM akan membuka lembaran baharu untuk mereka berbaik semula menghadapi PRU15 akan datang.

Ujian sebenarnya, adalah pembahagian kerusi apabila PRU15 tiba nanti, antara UMNO-PPBM. Itulah kemuncaknya. Jika berjaya, peluang untuk mempertahankan apa yang ada menjadi lebih mudah. Jika tidak, balik asal.

Saya tidak mengharapkan yang terbaik, sebab masa untuk melakukannya pun tidak lama.

Kabinet baharu ini tidaklah terlalu penting, berbanding dengan kemenangan yang perlu dicapai pada PRU.

Jalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

Menteri-menteri dan timbalan yang baharu perlu ada watak pendamai, selain qawiy al-amin. Berkerja kuat dan amanah hari ini tidak cukup, tanpa disertai dengan watak dan peribadi pendamai, supaya dapat menyatukan hati-hati yang berbalah.

Kepada pembangkang, kita harap, selepas ini tidak ada lagi sarkas dalam Parlimen yang boleh merendah watak-watak pemimpin negara. Berilah peluang kepada Kabinet baharu untuk melakukan kerja-kerjanya. Tidak perlu lagi mencari nombor untuk saling menjatuhkan kerana kita sudah tidak banyak masa untuk semua itu.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Damaikan segera UMNO dan PPBM, sebagai persediaan hadapi PRU15 – Prof Ridhuan Tee


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerjasama dengan pembangkang bukan hanya beri manfaat politik – Pakar

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.