Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tidak mempunyai ruang untuk melakukan “try and error”, malah perancangan rapi dan kepimpinan yang tepat diperlukan setiap masa dalam memulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang dibelenggu pandemik Covid-19, kata Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu berkata, negara berdepan cabaran lebih besar selepas perintah kawalan pergerakan dan sekatan ekonomi yang berpanjangan ekoran pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.
Malah, katanya, kekurangan dari segi pelaksanaan dasar oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin menyaksikan lebih 1.6 juta kes jangkitan dicatatkan dan lebih 15,000 nyawa terkorban setakat ini.
“Sudah lebih setahun kita berdepan pandemik Covid-19. Sepanjang masa ini kita sering ketinggalan dari segi langkah mengurus ancaman yang dihadapi malah kita juga hadapi kekurangan dari segi pelaksanaan dasar.
“Mengapa kita sampai ke tahap ini? Fokus rancangan rapi dan kepimpinan tepat amat penting setiap masa. Tidak ada juga ruang ‘try and error’,” katanya ketika menyampaikan amanat khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 di menerusi FB Live sebentar tadi.
Najib turut meluahkan kebimbangan terhadap penderitaan ekonomi rakyat khususnya peniaga kecil yang terpaksa menggunakan simpanan masing-masing untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Katanya, walaupun kerajaan sebelum ini menguar-uarkan beratus bilion suntikan fiskal namun hanya sekitar RM83 bilion dibelanjakan untuk tampung ekonomi negara bernilai lebih RM1.5 trilion.
Beliau berkata, sejumlah besar simpanan digunakan oleh rakyat dan pemilik perniagaan untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing.
“Ada juga pekerja alami kekurangan pendapatan yang besar sejak Covid-19 dan belum lagi dipulihkan. Kita perlu ambil kira aspek ini dan pertimbangan lain termasuk ancaman Covid-19 yang berterusan dalam rancangan ekonomi seterusnya.
“Saya bimbang… cukup bimbang apabila memikirkan aspek kebajikan rakyat dan ekonomi kita dalam keadaan sebegini… Malaysia hadapi cabaran besar, semoga fokus rancangan rapi dan kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia,” katanya.
FMT
Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
Baca Artikel Menarik :
- Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen
- Mujur bukan Azmin Menteri Kewangan – Chin Tong
- DAP berhentilah bergantung pada PKR – Rafizi
- Lupuskan jawatan menteri sukan, kata veteran
- UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid
- Cantik Neelofa, peminat dakwa seri ibu hamil
- Jodoh saya dari ‘level’ sama – Vida
- Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO]
- Resepi Sup Gear Box Sedap Semacam
- Ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia tak divaksin
- Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.