Dukun Pendinding Covid-19 RM650!
Dukun Pendinding Covid-19 RM650!
“Dukun lelaki itu membaca jampi serapah, ada dalam bahasa asing, bahasa Melayu termasuk beberapa potong ayat suci al-Quran yang dibaca secara terbalik.
“Dia mendakwa mampu untuk menyembuhkan serta menjadi pendinding daripada terkena jangkitan Covid-19.”
Demikian pengakuan individu hanya mahu dikenali sebagai Azman, 45, apabila mendapatkan khidmat seorang dukun Covid-19 yang mendakwa mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan serta menjadi pendinding kepada virus berkenaan.
Bercerita lanjut, Azman berkata, dia menghubungi lelaki itu selepas diperkenalkan oleh rakannya yang menyatakan bahawa dukun itu mampu untuk menjadi pendinding daripada dijangkiti virus itu hanya dengan membaca ayat-ayat tertentu.
“Saya menghubungi lelaki itu selepas rakan sepejabat berkongsi nombor telefonnya. Saya turut bertanyakan jika ada caj rawatan dikenakan.
“Dukun Covid-19 itu menyatakan, caj untuk rawatan penyembuhan ialah RM250, caj untuk pendinding secara pakej dengan penyembuhan adalah RM450 manakala bagi perlindungan sepanjang masa, caj RM650 dikenakan.
“Saya memilih pakej kedua iaitu penyembuhan dan pendinding dan dia memberi saya hari dan masa untuk dihubungi,” katanya.
Menurut Azman, beberapa hari kemudian, dukun itu menghubunginya dan melakukan ‘kaedah rawatan’ yang dijanjikan hanya menerusi panggilan telefon saja.
“Menerusi rawatan maya itu, dia memulakan bacaan jampi serapah dengan bahasa asing, kemudian dia membaca ayat mirip al-Quran namun selepas beberapa ketika, saya dapati ia adalah ayat suci al-Quran namun dibaca dalam keadaan terbalik.
“Dia juga menyeru nama-nama dewa serta jin. Saya tidak sedap hati dan menjauhkan telinga daripada telefon dan membiarkan dia hingga selesai,” katanya.
Susulan itu, Azman merujuk perkara itu kepada beberapa kenalan yang bertugas di jabatan agama dan mereka menyatakan bahawa tindakan membaca al-Quran secara terbalik adalah haram dan dilarang dalam Islam.
“Saya tidak menghubunginya malah dia juga tidak menghubungi saya lagi selepas sesi itu,” katanya.-HM
Dukun Pendinding Covid-19 RM650!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen
- Mujur bukan Azmin Menteri Kewangan – Chin Tong
- DAP berhentilah bergantung pada PKR – Rafizi
- Lupuskan jawatan menteri sukan, kata veteran
- UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid
- Cantik Neelofa, peminat dakwa seri ibu hamil
- Jodoh saya dari ‘level’ sama – Vida
- Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO]
- Resepi Sup Gear Box Sedap Semacam
- Ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia tak divaksin
- Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik
Layari Laman Facebook MYKMU
Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia
You must be logged in to post a comment.