Krisis air Terengganu: PM sumbang air minuman

Krisis air Terengganu: PM sumbang air minuman

KUALA NERUS – Krisis air yang menjejaskan 150,000 penduduk di daerah ini dan Kuala Terengganu sejak Isnin lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Kira-kira 1.18 juta liter air minuman sumbangan Ismail Sabri telah disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Anuar Yunus dan ia mula diagihkan kepada 30,000 rumah keluarga terlibat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Ismail Sabri amat prihatin dengan kesukaran yang dihadapi penduduk yang terjejas.

“Kepayahan penduduk terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air buat kali kedua dalam tempoh sebulan telah menimbulkan simpati buat beliau (Ismail Sabri).

“Beliau melahirkan hasrat untuk turun padang bagi meninjau sendiri krisis air dalam masa terdekat,” katanya ketika membantu mengagihkan bantuan air minuman tersebut di sini hari ini.

Kosmo! 24 Ogos lalu melaporkan krisis air melanda daerah ini dan Kuala Terengganu yang pulih pada 13 Ogos lalu melanda semula buat kali kedua selepas dua paip yang terdapat di dasar Sungai Terengganu dikesan telah pecah pada Isnin lalu.

Kerosakan paip tersebut dijangka mengambil masa 20 hari untuk dipulihkan sekali gus masalah gangguan air di kawasan terlibat bakal berlarutan sehingga 12 September depan. K Online

Krisis air Terengganu: PM sumbang air minuman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker