Kabinet Ismail Sabri Di”Hentam”, Apa Strategi Annuar Musa?

Oleh Nurul Aisyah

KABINET yang baharu dibentuk oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat kecaman yang sangat teruk.  Setakat ini , hampir tiada pujian yang diberi. Komen dari pengikut tegar beliau pun hanya mampu memberi kenyataan yang bersifat “selamat” sahaja.

Walaupun beliau didesak agar mengecilkan saiz kabinet namun Ismail Sabri tetap mengekalkan saiz asal. Malah beliau melantik hampir 90% muka-muka lama bersama jawatan masing-masing.

Dalam satu pengumuman yang disiarkan secara langsung pagi Jumaat, jawatan timbalan perdana menteri (TPM) tidak diwujudkan. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sekali lagi memegang jawatan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri). Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan (Pertahanan), manakala Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Selain itu, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof memegang jawatan Menteri Kanan (Kerja Raya), diikuti Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Menteri Kanan (Pendidikan). Manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang pula menerajui Kementerian Kesihatan sebagai Menteri Kesihatan.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020 mengumumkan kabinetnya merangkumi 31 menteri dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Memandangkan kabinet Ismail Sabri ini mengekalkan konsep kabinet Muhyiddin maka kabinet ini digelar sebagai kabinet kitar semula, kabinet recycle, keluarga 69, kabinet Jahanam dan lain-lain lagi.

Sebagaimana yang kita tahu, Tan Sri Annuar Musa kini ditugaskan menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini digalas Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin pula menerajui Kementerian Luar Negeri. Ketika berada dalam kerajaan Muhyiddin, Saifuddin gagal berfungsi dengan berkesan untuk mempertahankan Muhyiddin.

Kini Annuar Musa pula memegang portfolio berkenaan. Ramai pihak tertanya-tanya, apakah strategi beliau dalam usaha mempertahankan Ismail Sabri yang sedang dikecam dengan sangat teruk? Mampukah Annuar Musa mengalas tanggungjawab tersebut.

Para pemerhati politik menyuarakan keraguan sama ada beberapa menteri dan timbalannya dapat membuktikan prestasi dalam masa 100 hari, seperti dituntut PM 9.

Harapan rakyat tinggi sebelum barisan Jemaah Menteri diumumkan, namun banyak menteri, termasuk yang tidak menonjol, dikekalkan.Tempoh 100 hari yang diberi Ismail kepada para menteri dilihat mungkin hanya untuk mempengaruhi persepsi rakyat, tanpa menetapkan sebarang pencapaian khusus,

Masyarakat umum akan memerhatikan sama ada kementerian-kementerian dapat bekerjasama untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 dan menggerakkan ekonomi. Dan prestasi para menteri akan diukur menerusi cara mereka membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19, and apa yang mereka akan buat untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berada di ambang keruntuhan.

Annuar sekarang “berlawan” dengan amarah rakyat yang hidup dalam keadaan tertekan. Pengumuman kabinet Ismail Sabri yang bertentangan dengan kehendak rakyat turut memburukkan lagi keadaan.  Menteri komunikasi perlu mempunyai strategi yang sangat hebat bagi menangani masalah ini. Apakah strategi Annuar musa?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker