Mengenang Tun Ahmad Sarji: Negara Kehilangan Negarawan, Tokoh Perkhidmatan Awam – PM

Mengenang Tun Ahmad Sarji: Negara Kehilangan Negarawan, Tokoh Perkhidmatan Awam – PM

Pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hari ini merupakan suatu kehilangan besar buat negara.

Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat dihormati dan disegani.

“Selaku mantan KSN, Allahyarham cukup sinonim dengan pelbagai usaha mempertingkat imej dan kecekapan tadbir urus perkhidmatan awam, bahkan komited menyumbang idea dan kepakaran termasuk dalam sektor pendidikan walaupun setelah bersara.

“Sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Majlis Raja-Raja, Allahyarham juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memartabatkan syiar Islam di dalam negara,” katanya dalam muat naik status di media sosial.

Malah, ujar Ismail Sabri, jasa bakti Allahyarham akan terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia sampai bila-bila.

Beliau pada masa sama merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya bersama para anbia.-Awani

Sumber Facebook ismailsabri60

Mengenang Tun Ahmad Sarji: Negara Kehilangan Negarawan, Tokoh Perkhidmatan Awam – PM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker