Kembali ke Old Trafford, Ronaldo mungkin pilih No.28

Kembali ke Old Trafford, Ronaldo mungkin pilih No.28. Selepas segala spekulasi mengenai masa depan Cristiano Ronaldo terlerai apabila dia membuat keputusan untuk kembali ke Old Trafford dengan kontrak dua tahun, kini satu lagi persoalan pula timbul.

Ia mengenai nombor jersi yang bakal disarung oleh pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu di United apabila nombor keramat iaitu No.7 yang dipakainya sebelum ini sudah menjadi milik penyerang dari Uruguay, Edinson Cavani.

Cavani menggunakan nombor tujuh untuk jersinya sepanjang sembilan tahun beraksi dalam saingan bola sepak profesional dan tidak mungkin untuk memberikannya kepada Ronaldo.

Selain nombor tujuh, Ronaldo pernah menyarung jersi bernombor sembilan ketika musim pertama di Real Madrid tetapi di United ketika ini, nombor berkenaan menjadi milik Anthony Martial.

Selain dua nombor berkenaan, Ronaldo pernah menggunakan beberapa nombor lain dalam karier antaranya nombor 28 ketika dia mula-mula mengikat kontrak profesional pertama bersama Sporting Lisbon.

Nombor berkenaan masih lagi tidak mempunyai pemilik di United selepas beberapa nombor istimewa lain seperti 17, 10 dan 11 menjadi milik Fred, Marcus Rashford dan Mason Greenwood ketika ini.

Selain jersi bernombor 28, angka yang lebih rendah boleh dipilih oleh Ronaldo adalah 12 yang telah dikosongkan oleh Chris Smalling, manakala nombor 15 yang disarung Andreas Periera juga boleh dipilih kerana pemain itu sudah menyertai Flamengo secara pinjaman.

Ketika kesemua nombor ikonik ketika ini sudah menjadi milik pemain lain, Ronaldo mungkin akan memilih nombor 28 yang pernah disarung sebelum atau mungkin ada keputusan mengejut pemain lain yang sanggup berkorban demi bintang sensasi dunia ini. – AGENSI

Kembali ke Old Trafford, Ronaldo mungkin pilih No.28


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker