Takiyuddin nafikan beliau diturunkan ‘pangkat’

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak menganggap dirinya diturunkan pangkat selepas dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dalam lantikan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menegaskan bahawa pertukaran portfolio sudah menjadi kebiasaan dalam setiap lantikan baharu dalam kerajaan.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai perancangan dan pengubahsuaian barisan Kabinet meskipun kebanyakan menteri terdiri daripada legasi pemerintahan sebelum ini.

“Saya tidak pernah menganggap isu mengenai kenyataan pembatalan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat di Parlimen bulan lalu menjatuh imej sendiri.

“Meskipun saya bukan dalam bidang teknikal, portfolio baharu ini (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) turut melibatkan perundangan terutamanya dalam isu tanah.

“Insya-Allah, saya yakin akan terus mendapat sokongan semua pihak. Setiap menteri baharu dilantik perlu mempunyai perancangan dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan Perdana Menteri dalam tempoh 100 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64 di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu di sini hari ini

Takiyuddin nafikan beliau diturunkan ‘pangkat’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PAS yakin dengan kepimpinan Ismail Sabri dan jemaah menteri baru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker