Pengundi kaum Cina mahu Anwar bersara

Rata-rata pengundi kaum Cina di Malaysia telah mendesak supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara secara terhormat dan memberi peluang kepada generasi muda.

Ini kerana Anwar telah berkali-kali mendakwa dirinya mempunyai majoriti, tetapi gagal membuktikannya apabila diberi peluang.

Semakan ke beberapa laman berita berbahasa Cina mendapati, pandangan masyarakat Cina terhadap kewibawaan Anwar amat jelas.

Sebagai contoh, akhbar China Press telah pada semalam melapor bahawa PH berkeras untuk memilih Anwar sebagai pemimpin blok pembangkang.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut telah dibantah dan dikritik hebat oleh masyarakat Cina.

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

Home Peace: “Selamat tinggal kepada PRU ke-15.”

Choon Hooi Tan: “Kalau masih Anwar, saya undi blok ketiga.”

K Leong Sim: “Sekiranya Anwar tidak berundur, PH tidak akan berpeluang. PH hanya akan berpeluang, sekiranya generasi muda diberi peluang memimpin.”

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

Ong Thean Hock: “PH telah memasuki pintu mati dan nasi sudah menjadi bubur.”

Ting Ah: “Anwar perlu beri laluan. Selalu strategi Anwar, susahlah.”

Corwin Wong: “Tanpa Mahathir, Anwar tidak akan berpeluang menarik sokongan orang Melayu.”

Daniel Chan: “Masih tiada majoriti.”

Seorang lagi netizen berkata: “Sudah masanya Anwar (“Wago”) serta anak-beranak Lim Kit Siang / Lim Guan Eng (“Lin”) bersara.”

Komen tersebut menerima lebih 40 pujian.

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

JJ Wong: “Saya tidak akan mengundi Anwar.”

Chia Ngee Fuat: “Mata orang ramai telah terbuka untuk melihat bahawa Anwar tidak pernah mempunyai majoriti selama ini.”

Andy Kueh: “Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu tidak harus lagi terikat dengan Anwar, kerana peluang bersama Shafie Apdal dan Mahathir Mohamad lebih cerah.”

Selain laporan China Press ini, berita Pocket Times juga pada beberapa yang lalu menyiarkan sebuah berita mengenai Anwar.

Laporan Pocket Times (klik untuk baca)

Dalam berita tersebut, Anwar dilaporkan sebagai meminta rakyat menerima lantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga berkata, rakyat harus fokus pada PRU ke-15.

Namun, kenyataan Anwar itu telah ditempelak oleh netizen.

Rata-ratanya berkata bahawa ini hanya alasan oleh Anwar untuk melepaskan diri, kerana Anwar sebelum ini telah beberapa kali menipu bahawa dirinya mempunyai majoriti.

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

Chan Yew Le: “Kamu (Anwar) tidak berwibawa. Bersaralah.”

Ong Tang Kook: “Bersaralah. Biarlah generasi muda mengambil alih.”

Wei Ti Soon: Penggal seterusnya sudah tiada. Kes Covid-19 boleh naik bila-bila masa. Sudah sekali dua kali pintu belakang, akan ada kali ketiga keempat. Apakah kamu tidak nampak kesusahan rakyat?”

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

Kien Hor: “Penyu (Ismail) sudahpun naik. Kamu nak berebut sampai bila? Bersaralah. Berilah peluang kepada pemimpin yang lebih berkebolehan.”

Chiew Choon Hoe: “Sudah masanya beri laluan kepada anak kamu (Nurul Izzah).”

Yeo Tiew Boon: “Bersaralah. Kamulah yang menyebabkan kekalahan ini. Kamu beranggapan bahawa seluruh negara terhutang jawatan PM kepada kamu. Tapi parti kamu sendiri pun tidak terurus. Bersaralah.”

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

See Jian: “Dulu selalu dakwa ada majoriti. Apabila disuruh tunjuk, tidak cukup pula.”

Kenny Leong: “Bukankah kamu selalu dakwa ada nombor? Kenapa sekarang tak cukup pula?”

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

David Ding: “Sudah masanya kamu bersara. Biarlah anak kamu jadi wirawati seperti dalam wayang Mulan.”

Billy Wei: “Bersaralah Anwar. Biarlah generasi muda diberi peluang memimpin. Peluang satu demi satu kamu lepaskan. Tinggal enam kerusi pun masih tidak mampu mencapai kejayaan. Apa lagi alasan kamu?”

Reaksi netizen kaum Cina (diterjemah oleh fungsi terjemahan Facebook)

Yap Evey: “Masih ada peluang dalam PRU seterusnya?”

Nama Jepun: “Susahlah. Dalam PKR banyak katak. Orang Melayu pula tidak suka DAP. RUU lompat parti tidak dilulus. Cukuplah. Undi kami sia-sia sahaja.”

Siow X Sen: “Inilah realiti politik. Kamu lebih sesuai balik rumah tanam betik.”

Tanam betik yang dirujuk oleh Siow X Sen adalah aksi Anwar menanam betik yang dimuatnaik oleh Anwar ke laman Facebooknya sebelum ini.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SAH kabinet baharu diumum pukul 11 pagi esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker