Jentera UMNO Kedah siap sedia untuk PRN – Reezal

Jentera UMNO Kedah siap sedia untuk PRN – Reezal

Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi, kata Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata keazaman dan semangat ahli parti itu bagi membantu dan memastikan kemenangan pada PRN akan datang masih tinggi meskipun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak seperti yang mereka harapkan.

“Pola pengundian tidak semestinya berada pada tahap yang sama dan kecenderungan itu pasti akan berlaku… namun dalam keadaan apa sekali pun, kita tidak akan berputus asa kerana rakyat Kedah mendambakan pentadbiran negeri dan negara berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO Perlis dan Perak dilantik sebagai ‘bapa angkat’ kepada BN Kedah sebagai persiapan menghadapi PRN.

Katanya 15 Bahagian UMNO di Kedah sudah ada ‘bapa angkat’ masing-masing manakala taklimat mengenai gerak kerja yang perlu dilakukan semua pihak terlibat telah diberikan oleh Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO.

“Kita sudah berada di landasan yang betul bagi menghadapi PRN dan pada saya ahli UMNO yang berada dalam pasti masih kekal dengan semangat parti..dan saya lihat ada pihak yang semacam mahu balik semula dan mengundi BN kerana rakyat Kedah cerdik dan tahu menilai,” katanya. MG

Jentera UMNO Kedah siap sedia untuk PRN – Reezal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker